Wednesday - August 4, 2021 @ 00:41
NASIONALSABAHTiga Suspek Lelaki Ditahan Di Sandakan #LahadDatu #OpsDaulat

Tiga Suspek Lelaki Ditahan Di Sandakan #LahadDatu #OpsDaulat

opsdaulat-day15-moppingSANDAKAN: Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, pada Isnin selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, ketiga-tiga suspek ituditahan pada 3 petang Isnin mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkahKhas) 2012.

“Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

“Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yangmempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat,mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here