Tiga tahun menanti, pemuda akhirnya menang saman terhadap bekas tunang

TIGA tahun berjuang menuntut keadilan bagi membersihkan maruahnya yang tercalar selepas hasrat untuk disatukan dengan wanita dicintainya terputus di tengah jalan dan akhirnya dia mendapat pembelaan.

- Advertisement -

Pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Ezrin Mohd Nazan meluahkan rasa lega kerana memenangi kes saman terhadap bekas tunangnya yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor pada 22 Februari 2017.

“Rasa lega selepas tiga tahun berjuang dan habis masa serta wang untuk turun naik mahkamah. Paling penting saya bersyukur sangat apabila kes ini selesai.

“Alhamdulillah keadilan akhirnya berpihak kepada yang benar. Saya anggap kemenangan ini untuk keluarga saya.

“Saya harap defendan ambil iktibar dan tak ulangi kesilapan ini pada orang lain,” katanya .

Ezrin berkongsi berita baik itu di Twitternya. | pakdin.my

Menurut kisah diceritakan pemuda itu menerusi Facebooknya beberapa tahun lepas, dia memfailkan saman terhadap bekas tunangnya setelah mengalami kerugian lebih RM32,000 untuk urusan perkahwinan apabila wanita itu memutuskan hubungan mereka 21 hari sebelum berlangsungnya hari bahagia mereka pada 21 Januari 2017.

Malah pemuda berusia 30 tahun itu berkongsi berita mengenai kemenangannya itu di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani pemuda tersebut.

“Good job bro. Jangan buat orang perempuan pijak suka hati even saya pun perempuan. I know lelaki yang betul-betul nak kahwin nie akan kumpul duit atas usaha sendiri. Nasib baik baru tunang kalau dah kawen hampeh,” kata Fatihah.

“Seronoknya dengar kisah macam ni. Tak adalah orang anggap semua benda mudah je. Masa nak ditatang, masa tak nak dilempar gitu je. Senang-senang je bagi alasan tak ada jodoh. Baru tahu rasa. Tahniah,” tulis Anurains.

Bercerita mengenai perbicaraan kes itu pada Selasa, Ezrin berkata mahkamah memutuskan bekas tunangnya (defendan) perlu membayar ganti rugi lebih RM14,000 kepadanya.

Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Saya harap kes ini dijadikan iktibar dan panduan untuk semua yang menghadapi situasi sama kerana soal perkahwinan bukan boleh dibuat main.

“Saya failkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM32,000 tapi mahkamah luluskan RM14,977.20 kerana defendan gagal mengemukakan alasan enggan berkahwin.

“Jumlah ganti rugi itu perlu dibayar sebelum Disember 2020 secara penuh atau ansuran,” katanya.

Meskipun sudah tiga tahun berlalu, Ezrin berkata bekas tunangnya masih belum mendedahkan punca dia enggan berkahwin.

“Sampai sekarang tak tahu punca. Even lawyer dan mahkamah pun tak tahu. Defendan tak jelaskan.

“Saya tahu punca dia buat begitu tapi tak eloklah kalau cerita aib dia. Cukuplah apa yang mahkamah dah putuskan,” katanya.

Ezrin berkata dia berkongsi perkara itu bukan sengaja mahu mengaibkan bekas tunangnya itu tetapi mahu perkara itu menjadi iktibar buat semua.

“Saya sarankan jika terjadi pada diri sendiri kes macam ni terus ke mahkamah syariah dan dapatkan nasihat peguam syariah. Mereka lebih pakar. Saya lakukan benda sama dan dapat hak saya,” katanya.

“Saya harap defendan ambil iktibar dan tak ulangi kesilapan ini pada orang lain | pakdin.my

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Hidap demam viral, Kit Siang dimasukkan ke hospital

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam viral. Perkara itu disahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Bagan Lim Guan...

Hina Jata Negara: Jangan jadi Si Tanggang

Ramai yang masih tak faham bahawa parti politik dan kerajaan adalah dua entiti berlainan. Nak benci parti politik? Be my guest! Tapi jangan hina kerajaan. Jangan cemarkan...

[Video] Dr Mahathir sokong cadangan Shafie Apdal calon PM

Mahathir sedang cuba menagih simpati dan mendapatkan sokongan dari Sabah dan Sarawak untuk meneruskan agenda yang belum selesai untuk keluarga dan kroni.Seleps ini mungkun...

PKR Jelebu hampir lumpuh… 40 ahli keluar parti, sokong kepimpinan PM

SERAMAI 40 ahli PKR Cabang Jelebu termasuk jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti serta-merta pada Sabtu, sekaligus menyebabkan cabang berkenaan hampir lumpuh. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?