Tiga terselamat pesawat Pilatus terhempas di Selat Melaka - pakdin.my

ANGGOTA bomba membantu Pembantu Juruterbang, Fairol Bamir, 23, salah seorang mangsa pesawat jenis PA28 Pilatus yang terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka
ANGGOTA bomba membantu Pembantu Juruterbang, Fairol Bamir, 23, salah seorang mangsa pesawat jenis PA28 Pilatus yang terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka
Melaka Tengah: Sebuah pesawat ringan milik Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, dua daripada tiga pelatih penerbangan di dalam pesawat jenis PA28 Pilatus berjaya berenang ke masjid berkenaan manakala seorang lagi diselamatkan sepasukan anggota unit skuba bomba.
Ketiga-tiga mangsa yang selamat bagaimanapun mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

Difahamkan, jeritan meminta tolong dua pelatih yang berjaya berenang ke masjid berkenaan disedari jemaah di dalam masjid terbabit sebelum kedua-duanya diselamatkan oleh mereka.

Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

UTAMABERITATiga terselamat pesawat Pilatus terhempas di Selat Melaka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium