26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Tiga Wanita Senarai Calon Isteri Erry Putra

Erry Putra

Pelakon Erry Putra mempunyai tiga wanita sebagai calon pilihan sebelum bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Erry atau nama sebenarnya Mohd Razlan Hamzah @ Ahmad, 35, bagaimanapun berkata, dia masih lagi mencari keserasian terhadap wanita-wanita itu sebelum memilih seorang daripada mereka bagi menjadi calon isteri.

“Bunyi seperti ‘playboy’ bukan? Tetapi jangan salah faham, saya hanya berkawan dan mengenali mereka dengan lebih dekat, nak lihat sejauh mana keserasian kami. Dan kemudian barulah saya pilih mana satu yang sesuai.

“Tetapi saya tidak meletakkan harapan seolah-olah mahu bercinta atau berkahwin dengan mereka. Sekiranya mereka ada pilihan lain, saya tidak mempunyai masalah,’ katanya.

Tambah Erry, sudah lama dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga namun sehingga kini dia masih lagi tiada seorang calon.

Dan dengan cara ini, Erry mungkin dapat menunaikan hasratnya berkahwin pada tahun depan yang sudah lima tahun tertangguh.

“Kalau nak tahu, saya sudah bersedia untuk kahwin sejak lima tahun dahulu. Dan setiap tahun saya memberi harapan pada diri bahawa tahun yang seterusnya pasti akan saya temui calon yang sesuai. Dan ia berlarutan sehinggalah sekarang.

“Moga perancangan berkahwin pada tahun depan betul-betul menjadi Insya-Allah,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Erry beritahu, selain sibuk di set penggambaran dia juga aktif dalam mencipta lagu di studio dan selepas Aidilfitri nanti, dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaharu berjudul Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

“Sehingga kini saya sudah pun menyiapkan sebanyak lima buah lagu iaitu Tidak-Tidak, Berubah, Jangan Kau Pergi, Hanya Aku serta serta Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

“Kesemua single ini akan dikeluarkan secara berperingkat,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan