Timbalan Menteri langgar PKP, polis akan ambil tindakan - pakdin.my

  • Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya.
  • Berlaku aktiviti makan secara berjemaah dan bersalam dalam acara penyerahan saguhati

Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menentukan sebarang tindakan ke atas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya.

“Sesiapa saja kena diambil tindakan, tiada siapa boleh atasi undang-undang. Bagaimanapun, saya difahamkan sudah ada laporan polis terhadap kes itu dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Datuk Dr. Noor Azmi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai dengan Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria mengadakan kunjungan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Pada program itu, berlaku aktiviti makan secara berjemaah dan bersalam dalam acara penyerahan saguhati.

Dr. Noor Azmi turut memuatnaik program itu menerusi akaun Facebooknya dengan memaparkan beberapa keping gambar beliau bersama rombongan mengunjungi maahad tahfiz. – MalaysiaGazette

UTAMABERITATimbalan Menteri langgar PKP, polis akan ambil tindakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium