Timbalan Menteri Pertanian PH, Sim Tze Tzin padam hantaran Facebook mencemuh orang Melayu

Selepas dikecam teruk oleh netizen, Timbalan Menteri tersebut akhirnya memadam post yang di muat naik di halaman facebooknya.
Disini : https://facebook.com/story.php?story_fbid=10217579353489586&id=1050280454

Hantaran yang meletakkan caption “Akhirnya 1 juta pak guard (pengawal keselamatan) dari Bangladesh telah sampai… ka ka ka…” telah mengundang kemarahan netizen kerana majoriti yang ada dalam gambar tersebut adalah bangsa Melayu beragama Islam.

Di hadapan gambar tersebut ada wajah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Dr Asyraf Wajdi. pemimpin UMNO.

Gambar yang di gunakan oleh beliau adalah gambar Skuad Sabil Pemuda UMNOyang baru sahaja di lancarkan pada 25 Ogos 2019.
LIHAT sini: https://umno-online.my/2019/08/25/umno-iktiraf-skuad-sabil-pemuda-kekuatan-baru-parti/

Perbuatan beliau dengan jelas adalah penghinaan yang sangat keji terhadap Presiden dan Pemuda UMNO dan UMNO secara khususnya dari seorang yang berjawatan Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia.

Dengan berani beliau memomokkan bangsa Melayu sama taraf atau sebagai pendatang dari Bangladesh selain dari penghinaan buat pekerja asing Bangladesh oleh seorang Timbalan Menteri.

Apakan menteri dibawah rejim Pakatan Harapan tidak ada kerja atau tidak tahu membuat kerja membuat dasar untuk kebaikan rakyat sehingga banyak masa dibazirkan untuk mencemuh rakyat dan menghina apa sahaja yang dilakukan oleh orang Melayu dan Islam yang sedang berjuang untuk kepentingan agama dan bangsanya.

Kalau begitu teruk cemuhan terhadap Melayu Islam oleh pemimpinnya kita apatah lagi pengikut parti beliau yang dibawah.

Fikir-fikirkan lah.

Loading...