Timbalan Menteri PN lantik adik, anak saudara dalam kementerian - pakdin.my

SEORANG timbalan menteri Kerajaan Perikatan Nasional dipercayai melantik adik dan anak saudaranya untuk jawatan penting di sebuah pejabat kementerian.

Menurut sumber, timbalan menteri berkenaan melantik adiknya sebagai setiausaha sulit yang dipertanggungjawabkan untuk membantunya dalam kerja di peringkat kementerian dan kawasan parlimen.

Bagaimanapun, setiausaha sulit berkenaan melantik anaknya sebagai setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada timbalan menteri tersebut.

Difahamkan, perkara itu menjadi persoalan memandangkan kelayakan akademik SUSK berkenaan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun mendapat lantikan Gred 52 di kementerian itu, dan adakah perkara itu dibenarkan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Malah, di kalangan ketua Jabatan dan ketua pengarah di kementerian berkenaan tidak berpuas hati dengan perlantikan SUSK berumur 21 tahun.

Selain itu, SUSK itu juga didakwa beberapa kali memberi arahan tertentu kepada jabatan untuk kepentingan peribadinya.

Turut dilaporkan, terdapat beberapa ‘kes’ melibatkan SUSK berkenaan berlaku di luar pengetahuan timbalan menteri terbabit.-Malaysiapost

UTAMABERITATimbalan Menteri PN lantik adik, anak saudara dalam kementerian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium