30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Timbalan Pengarah Kastam Mati Selepas Selamatkan Kereta Daripada Terbakar

Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan Negeri, Ahmad Hassan, 55, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung selepas berjaya mengalihkan keretanya dalam kebakaran yang dipercayai perbuatan khianat di kuarters kediaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2.

JOHOR BAHARU, 12 Sept  — Seorang pegawai kanan kastam meninggal dunia akibat serangan jantung setelah menyelamatkan keretanya dalam kebakaran yang dipercayai perbuatan khianat, di kuarters Kastam Johor, Jalan Biru 2, Taman Pelangi, di sini pada Rabu.

Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan negeri Ahmad Hassan, 55, ditemui dalam keadaan pengsan selepas mengalihkan keretanya kira-kira 30 meter dari rumah dua tingkat separa berkembar itu yang mengalami kebakaran pada pukul 4 pagi.

“Setelah mengalihkan keretanya, mangsa keluar dari kereta untuk menenangkan diri. Kemudian, rakan serumahnya mendapati mangsa terbaring di sebelah keretanya,” kata pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh di sini.

Menurut beliau, petugas paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.

Jenazah Ahmad yang masih bujang dibawa ke Terengganu untuk dikebumikan, katanya.

Kelihatan sebuah kereta Proton Savvy yang telah musnah dalam kebakaran yang dipercayai perbuatan khianat di kuarters kediaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2, Taman Pelang

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan