Tindakan Alvin Tan Melampau – Ka Siong - pakdin.my

alvin-tan-vivian

MCA menyifatkan tindakan penulis blog Alvin Tan yang menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook sebagai perbuatan melampau yang cuba menjatuhkan imej negara.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perbuatan itu dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat di negara ini.

“Saya tidak faham mengapa Alvin (Tan) perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu.

“Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuen Cheng 1 di sini, Selasa.

Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hukuman berat patut dikenakan terhadap Tan kerana dia telah memalukan nama negara.

Tan sebelum ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan melalui akaun Facebooknya, yang turut menyatakan dia sudah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.

UTAMABERITATindakan Alvin Tan Melampau - Ka Siong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium