Tindakan Azmin pulangkan tanah Ijok mencurigakan – Khalid Ibrahim - pakdin.my

Skandal Tanah Ijok RM1.18 bilion Azmin.

TS Khalid Ibrahim juga bersuara.

Sekiranya kita membaca kenyataannya dengan teliti, apa yang dicadangkan oleh Khalid dalam kenyataan beliau ialah MB sekarang mungkin telah bertindak sebagai broker yang cuba mempengaruhi Khalid ketika beliau masih menjadi MB.

KENYATAAN MEDIA

15 FEBRUARI 2018

PENYELESAIAN KES-KES LBCN & MUJUR ZAMAN OLEH MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR HARUS DISIASAT

Isu yang dibangkitkan baru-baru ini berkenaan tanah-tanah di Ijok sebenarnya telah saya suarakan di sidang Dewan Negeri Selangor pada November tahun 2016.

Mengapa tanah-tanah tersebut yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 2009 semasa saya Menteri Besar Selangor dipulangkan semula, dan kemudian dijual kepada pihak lain? Pada pendapat saya, ini bukanlah amalan terbaik dan bukan “good business sense” dalam mengendalikan asset-aset rakyat Selangor.

Kes yang dibawa oleh LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd telah berada di peringkat Mahkamah Persekutuan [Rayuan Sivil No. 01(i)-14-04/2014(W)] apabila penyelesaian dibuat. Walaupun saya merupakan salah satu daripada pihak dalam kes tersebut, saya dan peguamcara saya tidak pernah hadir atau diajak hadir ke sebarang perbincangan untuk penyelesaian tersebut.

Semasa kes-kes ini berjalan, terdapat percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk membuat tawaran kepada saya sebagai Menteri Besar untuk menyelesaikan perkara ini. Namun, saya tekad untuk membela keputusan saya yang bertujuan memulihkan projek terbengkalai yang telah menyusahkan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah. Terdapat juga pihak berkepentingan tertentu termasuk ejen-ejen tanah (“land brokers”) dan institusi-institusi kewangan yang tidak mahu projek-projek tersebut dipulihkan.

Kerajaan Negeri Selangor tidak seharusnya bersetuju dengan penyelesaian tersebut yang jelas telah memberi kesan negatif. Sekarang terdapat persepsi bahawa penyelesaian tersebut dibuat dalam keadaan mencurigakan; sekaligus mencemar nama baik dan reputasi Kerajaan Negeri.

Saya berharap pihak-pihak berkuasa akan menyiasat dengan lebih mendalam perkara ini terutamanya pihak-pihak yang terlibat dalam penyelesaian tersebut agar kebenaran dapat didedahkan.

TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
ADUN PELABUHAN KLANG

 


Facebook Khalid Ibrahim:
https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10156318809818901&id=38012338900

UTAMABERITATindakan Azmin pulangkan tanah Ijok mencurigakan - Khalid Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium