Tindakan biadab dalam majlis konvokesyen – Hasil didikan DAP [Video]

Tidak lama lagi akan ada pemimpin Melayu mempertahankannya

Hari memalukan saya sebagai seorang alumni Universiti Malaya. Zaman dulu pun kami menentang TNC dan pentadbiran UM. Mengadakan demontrasi, surat terbuka, mengangkat sepanduk adalah perkara biasa.

Namun acara Konvokesyen bukanlah satu yang wajar diperlekeh dan dihina sebegini rupa.

………

Banyak cara untuk memberi pendapat. Mengangkat sepanduk dalam majlis konvokesyen sebegini adalah tindakan biadap.

Pengangkat sepanduk ini adalah rasis sebenar yang berselindung di sebalik slogan liberalisme dan keadilan sejagat.

Jika dia tidak menghormati majlis dan acara terbesar universiti, apakah anda rasa orang seperti ini akan menghormati Perlembagan Malaysia yang menjamin kedudukan Islam, Raja-raja, orang Melayu dan bumiputera serta bahasa Melayu?

Ini semua hasil didikan DAP, parti yang telah membeli jiwa-jiwa pemimpin Melayu dengan kuasa dan pengaruh.

Percayalah tidak lama lagi akan ada pemimpin Melayu mempertahankannya.

Oleh Ab Jalil Backer

LIHAT video
https://youtu.be/OiRFXOhRYcA

Loading...