Tindakan KM Melaka wakilkan Exco DAP ke majlis agama dipertikai - pakdin.my

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Adly Zahari menghantar wakil rakyat bukan Muslim untuk menghadiri majlis penutup program mini karnival sempena Maal Hijrah peringkat daerah Jasin yang dijadualkan pada Ahad ini.

Program tersebut yang dirancang berlangsung di pekarangan Masjid Al-Ghaffar di Jasin dijadualkan bermula pukul 7 pagi dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Wong Fort Pin.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jasin, Dr. Akmal Saleh berkata, kerajaan negeri hari ini tidak peka mengenai sensitiviti rakyat terutama yang menyentuh tentang hal berkaitan masyarakat beragama Islam dengan mewakilkan seorang wakil rakyat beragama lain untuk merasmikan penutup program itu.

“Benar Dr. Wong Fort Pin merupakan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri  (DUN) berkenaan tetapi adalah lebih nampak elok jika ketua menteri sendiri yang datang merasmikan atau mewakilkan ADUN lain yang beragama Islam untuk menjaga sensitiviti penduduk setempat.

“Kita mohon agar kerajaan negeri lebih peka mengenai sensitiviti agama dan kaum selepas ini agar keharmonian rakyat berbilang kaum boleh dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu tersebut timbul apabila seorang pembaca memuat naik status dalam laman sosial Facebook mempersoalkan tindakan Adly menghantar wakil berkenaan bersama salinan atur cara program itu yang dijadual hujung minggu ini.

Antara perkataan digunakan dalam status itu adalah mempersoalkan sejauh mana kesibukan ketua menteri itu adalah tidak wajar beliau mewakilkan majlis itu kepada wakil rakyat DAP.

Sementara itu, Pas Melaka terkejut dengan berita yang tular dalam media sosial mengenai tentatif program Maal Hijrah peringkat daerah Jasin yang dijadualkan dirasmikan oleh ADUN DAP bukan Islam.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamaruddin Sidek berkata, netizen yang mewakili suara rakyat khususnya orang Melayu begitu marah dan terhina dengan cara penganjuran program tersebut.

“Takkanlah tiada pemimpin Melayu yang boleh hadir merasmikan program yang berbentuk keagamaan itu,” kata Kamaruddin memetik laporan media.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam pada itu memaklumkan, program yang dijadualkan Ahad ini adalah anjuran Pejabat Agama Islam daerah Jasin dan tidak diatur oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Akhbar kepada Adly, Taufek Yahya memberitahu, program tersebut tidak ada kena mengena dengan ketua menteri malah jemputan ADUN Bemban itu dilakukan oleh Kadi daerah Jasin setelah mendapat pandangan Pejabat Mufti negeri.

“Pihak kami dimaklumkan Pejabat Mufti membenarkan jemputan itu kerana ia dibuat di luar masjid iaitu tempat letak kereta. Bagi mengelakkan kontroversi, perasmi penutup program itu ditukar kepada Speaker DUN, Omar Jaafar,” katanya.

…….
https://pakdin.my/tag/syiah

UTAMAGAYA HIDUPAGAMATindakan KM Melaka wakilkan Exco DAP ke majlis agama dipertikai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium