Tindakan Rakam Gambar Pesawat Di KLIA Guna Drone Dikecam

Gambar pesawat Saudi Airlines yang didakwa dirakam menggunakan drone.
Gambar pesawat Saudi Airlines yang didakwa dirakam menggunakan drone.

- Advertisement -

Beberapa gambar pesawat mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dirakam menggunakan drone menerima pelbagai keceman selepas gambar tersebut yang dimuat naik di laman Facebook menjadi viral.

Gambar tersebut yang dimuat naik oleh Edward Chew didakwa diambil dari pengguna Instagram ‘yengnasir’ yang memuat naik gambar pesawat Saudi Air dan AirAsia mendarat di KLIA, Sepang menggunakan drone.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jarak drone tersebut dari pesawat yang mendarat itu.

Akaun Instagram tersebut bagaimanapun telah dipadamkan.

Tarikh gambar asal yang dimuat naik pengguna Instagram tersebut juga tidak diketahui.
Chew dalam entrinya berkata, terdapat perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan drone yang menjadi semakin popular di Malaysia.

“Apakah yang akan berlaku sekiranya drone tersebut terbang menghampiri pesawat? Apakah akan ada satu lagi berita gempar melibatkan pesawat Malaysia?,” soal Chew di laman sosialnya.

Di bawah peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) 2008 , terdapat larangan ke atas penggunaan drone dibawah 20 kilogram di ruang angkasa terkawal atau dalam zon laluan lapangan terbang kecil, melainkan jika kebenaran daripada unit kawalan trafik udara diperolehi.

Drone menjadi popular di kalangan jurugambar dengan peralatan itu yang digunakan untuk kerja profesional boleh didapati pada harga sekitar RM3,000 walaupun drone murah berharga serendah RM500.
Pada minggu lalu, media Perancis melaporkan mengesan drone berhampiran kawasan sensitif di Paris seperti istana presiden dan kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Tiga wartawan Al-Jazeera disoal siasat polis Perancis kerana menerbangkan sebuah drone di taman Bois de Boulogne, pinggir barat Paris.

Cawangan media tersebut berkata mereka cuba menutup misteri drone di Paris baru-baru ini dan bimbang mengenai keselamatan di Perancis.

Apa jua pesawat tidak berlesen di Paris adalah menyalahi undang-undang dengan pesalah dikenakan hukuman penjara setahun dan denda 75,000 euro (RM304,000).

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

PN Berjaya Gugurkan Speaker Dewan Rakyat

Kejayaan usul menggugurkan speaker Dewan Rakyat hari ini dianggap sebagai tanda kejayaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan daripada majoriti ahli parlimen. Ini...

[Video] Dewan Rakyat: Khalid Samad Dihalau Oleh Art Harun

Keputusan ‘panas’ pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) baharu, Azhar Azizan Harun ketika menaiki kerusi petang ini ialah mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid...

[Video] Dr Mahathir “Dimandikan” dalam Sidang Dewan Rakyat

Panas !!! situasi dalam Dewan Rakyat dimana ahli Parlimen kerajaan mula menyalahkan Tun Dr. Mahathir dengan apa yang berlaku dalam senario politik sekarang. Arau,...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.