Tindakan wajar kurangkan subsidi minyak - pakdin.my

stesyen-minyak-diserbu

“Minyak cukup murah di sini. Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi.”

Itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang menambah bahawa pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini adalah tindakan wajar bagi mengelak keadaan di mana ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu terus berlakunya.

Menurutnya, jika subsidi tidak dikurangkan maka bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

Pengurangan subsidi minyak juga katanya, tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.

“Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital’ di Kolej Wadi Sofea, Kelantan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis.

Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

UTAMAEKONOMITindakan wajar kurangkan subsidi minyak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium