TIPS: Cara taip di komputer dengan cepat & tepat - pakdin.my

Pernah tak anda berada dalam situasi nak siapkan kerja yang perlu ditaip di komputer dengan cepat, tetapi tidak mampu untuk taip dengan pantas dan baik, sebab anda masih tidak biasa dengan papan kekunci? Bila taip dengan laju, pasti ada banyak kesalahan ejaan. Untuk memperbaiki hal ini, individu perlu lakukan latihan taip dengan betul. Berikut merupakan 5 langkah untuk meningkatkan kemahiran menaip anda:

1. Letak jari pada kedudukan yang betul

Apabila mempraktikkan kemahiran menaip, penting untuk anda letakkan tangan dan jari dengan betul pada papan kekunci. Untuk mulakannya, letakkan jari anda di atas kekunci baris utama. Tangan kiri di atas kekunci A, S, D dan F, dan tangan kanan di atas kekunci J, K, L dan ;. Ibu jari kedua-dua tangan di atas space bar.

Sumber

Dari sini, anda boleh gerakkan sedikit jari untuk mencapai kekunci bersebelahan. Selain itu, tangan anda harus sentiasa kembali ke kedudukan permulaan ini, kerana kedudukan jari ini adalah untuk membiasakan anda dengan papan kekunci. Apabila anda sudah biasa, anda boleh cuba variasi kedudukan berbeza mengikut keselesaan.

2. Jangan pandang papan kekunci

Fokus pada skrin dan elak lihat papan kekunci. Ini mungkin sukar pada mulanya, lebih-lebih lagi apabila anda masih belum menguasai tempat kekunci yang tepat. Tetapi, melihat pada skrin sahaja boleh membantu meningkatkan ketepatan anda menaip. Kerana anda akan dapat menangkap kesilapan anda apabila ia berlaku. Anda juga akan mula mengingati tempat kekunci, jadi anda akan dapat menaip dengan lebih cepat semasa berlatih.

3. Kekalkan postur yang baik

Duduk dalam kedudukan tegak akan memudahkan anda menaip dengan lebih pantas. Jika anda biasa membongkok di kerusi atau bekerja dari sofa, cuba beralih ke kerusi bersandar atau bekerja di meja.

Pastikan skrin berada pada aras mata (eye level) untuk mengurangkan masalah sakit belakang dan juga leher. Apa yang anda boleh lakukan ialah gunakan laptop atas tablet stand atau letakkan peranti atas timbunan buku untuk mendapatkan skrin pada aras yang diperlukan.

4. Cari posisi yang selesa untuk tangan

Peletakan tangan yang salah boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa untuk taip dalam masa yang lama. Kekunci space bar harus bertentangan dengan badan anda, supaya anda tidak menaip dari tepi. Semasa anda menaip, letakkan siku anda di atas meja dan pastikan pergelangan tangan anda dinaikkan sedikit.

Sumber

5. Lakukan latihan dengan kerap

Anda perlu berlatih setiap hari untuk meningkatkan kemahiran menaip. Terdapat banyak laman web yang menawarkan ujian dan latihan kemahiran menaip percuma, seperti Typing Academy, TypingClub dan How To Type.

Jangan tergesa-gesa ketika melakukan latihan menaip ini. Kelajuan anda menaip akan bertambah baik secara semula jadi apabila anda semakin mengenali papan kekunci.

Meningkatkan kemahiran menaip bukan sahaja akan memudahkan kerja, malah ia juga akan menjimatkan masa ketika anda menyiapkan tugasan kerana anda boleh menaip dengan cepat tanpa kesalahan ejaan.

[Sumber: Herzing University]

 

UTAMAGAYA HIDUPTEKNOLOGITIPS: Cara taip di komputer dengan cepat & tepat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium