Titah Raja Nazrin Dimanipulasi Pihak Tertentu Untuk Kepentingan Politik - pakdin.my

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Meletak Kerja sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Meletak Kerja sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak

titah raja nazrin-harakah tarik balikKUALA KANGSAR: Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat pihak tertentu yang memanipulasi dan mengolah semula kandungan titah baginda bagi menggambarkan seolah-olah baginda menyokong secara terbuka kumpulan politik tertentu dan pada masa yang sama memperkecilkan kumpulan politik lain.

Baginda bertitah perbuatan itu memberi gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian rakyat.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Raja Nazrin bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada

terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.

“Takhta pemerintahan wajib terus dipelihara berpendirian berkecuali, berada di atas politik

kepartian agar dapat berperanan secara saksama sebagai payung negeri serta dapat diterima tanpa ragu sebagai institusi penyatuan dalam kepelbagaian, terutama untuk menangani

sebarang pertentangan dan pertelagahan yang berlaku di kalangan rakyat,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungjawab luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan rakyat perlu sentiasa dilindungi.

“Pada pertengahan abad kesembilan belas, Walter Bagehot memperkenalkan konsep triniti klasik, dengan menggariskan bahawa Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak; pertama: hak untuk dirunding, kedua: hak untuk memberi nasihat, ketiga: hak untuk memberi peringatan,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah mengambil pedoman daripada konsep itu, baginda melalui sesi tertutup atau terbuka, dalam perbincangan atau melalui titah, telah dari semasa ke semasa menzahirkan kupasan dan ulasan berbentuk nasihat dan pandangan, galakan dan dorongan serta peringatan dan teguran, secara umum dan menyeluruh terhadap perkara menyentuh kepentingan rakyat.

Titah baginda perkara itu dilakukan bagi penambahbaikan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak swasta serta pertubuhan sukarela, kebajikan dan sukan.

“Dari masa ke masa Beta menzahirkan ulasan menyentuh perkara-perkara berkaitan agama Islam, perpaduan warga, keselamatan negara, pembangunan sosio-ekonomi, kewangan, pendidikan, kebebasan kehakiman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, urus tadbir yang cekap lagi telus dan pelbagai subjek lagi, atas hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman serta terus sejahtera dan makmur,” titah baginda.

Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa, titah baginda.

Sebenarnya, titah Raja Nazrin, kehadiran Raja bagi membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuh cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam negara.

“Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan serta berperanan mengukuh dan mengekalkan amalan demokrasi agar dapat ditingkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan berteraskan amalan demokrasi dan berpandukan doktrin pemisahan kuasa.

“Raja memerintah dan tidak mentadbir. Raja berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian. Dengan berada di strata yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan,” titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mencemarkan adat resam dan budaya bangsa dalam keghairahan mendapat sokongan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 ini.

Dalam keadaan negara yang sedang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk pencerobohan yang berlaku di Sabah, baginda mengingatkan kumpulan politik dan rakyat supaya tidak melakukan perkara yang menambah beban kerja pasukan keselamatan.

“Keamanan dan ketenteraman negara adalah tanggungjawab bersama. Hormatilah undang-undang dan peraturan yang ada, bertindaklah secara berhemah dan beretika dan berhentilah dari melakukan manipulasi hingga ke peringkat mencemar kemuliaan takhta pemerintahan,” titah baginda.

Pada istiadat berkenaan, Raja Nazrin turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Ops Daulat daripada Yayasan Sultan Azlan Shah.

“Di samping itu, ahli-ahli Dewan Negara Perak semasa mesyuarat yang berlangsung pada 12 Mac lalu, setiap seorang telah bersetuju menghulurkan sumbangan RM500 kepada tabung yang sama,” titah baginda.

titah raja nazrin - harakah

UTAMAPOLITIKTitah Raja Nazrin Dimanipulasi Pihak Tertentu Untuk Kepentingan Politik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium