TMJ dilantik Pemangku Raja Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor.

Menurut posting di halaman Facebook Sultan Johor, majlis perlantikan itu dibuat di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada Ahad.

“Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” menurut kenyataan itu.

Loading...