TMJ kongsi video dakwa Mukhriz tak salam sultan Johor - pakdin.my

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi video yang memaparkan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tunku Ismail berkongsi video disiarkan Twitter Friends of Johor yang menghentam Mukhriz, anak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad – yang  hubungan dengan istana Johor dilaporkan tegang sebelum ini.

“Beza antara dua lelaki, @HRHJohorII (Tunku Ismail) bersalam dengan Tun M tetapi @MukhrizMahathir terlalu angkuh untuk bersalam dengan SOJ (Sultan Johor) di Istana Abu Bakar,” menurut tweet Friends of Johor.

TMJ bagaimanapun tidak mengulas kejadian itu secara langsung tetapi hanya meletakkan lambang isyarat tangan seperti sedang menyembah.

Dalam video 14 saat yang ditonton hampir 50,000 kali itu (setakat laporan ini ditulis), Mukhriz dilihat hanya menyembah sultan Johor tetapi berlalu tanpa menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan baginda.

Ada di kalangan pengguna maya meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

“Biadab, Tun M tak ajar you adab ke @MukhrizMahathir,” tulis seorang pengguna Twitter.

Mukhriz bagaimanapun dilihat bersalaman dengan pihak lain dalam barisan sultan-sultan dan kerabat selepas itu.

Berdasarkan video pendek itu, pihak-pihak lain dalam acara itu dilihat bersalaman dengan barisan sultan dan kerabat yang sedang berbaris.

Beberapa minit sebelum berkongsi video itu, Tunku Ismail terlebih dahulu berkongsi gambar baginda dan ayahandanya yang bersalaman dengan Mahathir.

Hubungan Mahathir dan istana Johor sebelum ini tegang, antaranya menjelang pemilihan menteri besar dan isu Statut Rom yang kemudian menyebabkan Malaysia menarik diri.

Sultan, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara semalam hadir ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.

Malaysiakini telah menghubungi Mukhriz dan sedang menunggu penjelasannya berkaitan perkara itu.

UTAMABERITATMJ kongsi video dakwa Mukhriz tak salam sultan Johor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium