TMJ, Mourinho kongsi pendekatan sama - pakdin.my

Kenyataan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meluahkan ‘Nak bunuh JDT (Johor Darul Ta’zim), kena matikan TMJ dahulu’ boleh dilihat sebagai satu perang saraf dan amaran kepada pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Demikian pandangan pemerhati bola sepak, Dr Pekan Ramli yang menegaskan kenyataan itu perlu ditakrif dengan bijak dan dinilai dari sudut positif yang mana ia turut mencerminkan keyakinan Tunku Ismail kepada skuad Harimau Selatan itu.

Jelas Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kenyataan itu juga menggambarkan kesungguhan yang tinggi dan bukannya atas dasar untuk berlagak mahupun riak dengan pencapaian mereka.

“Berdasarkan kenyataan terbabit, kita dapat memahami yang JDT sama sekali tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana pasukan yang cuba mencabar mereka dan mereka tidak hanya akan terhenti di sini, mereka mahu pergi lebih jauh.

“Tunku Ismail pun bukanlah individu yang calang-calang dan beliau memang ada aura tersendiri. Kalaulah setakat orang biasa yang bercakap dan melakukan perkara yang biasa, saya fikir JDT tidak akan sampai ke tahap seperti ini.

“Kenyataan berbaur provokasi, ego yang tinggi pun bukanlah satu perkara yang pelik dalam sukan khususnya dalam bola sepak. Perkara ini satu kelaziman dalam bola sepak.

“Contohnya seperti Jose Mourinho, kita dapat lihat dia adalah pengurus dengan mulut yang lancang dan gemar bermain perang saraf. Ini pendekatan yang sama seperti apa yang dinyatakan Tunku Ismail menerusi kenyataan terbabit,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail memberi bayangan betapa juara Liga Super tujuh kali itu akan terus menjadi gergasi bola sepak tempatan di bawah ‘naungannya’.

“Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. Saya masih hidup. JDT will always remain the biggest. Nak bunuh JDT, kena matikan TMJ dahulu.

“Well semua sedia maklum itu bukan mudah. To JDT, ini bukan kali pertama kita kalah, so relax. Kepada yang benci kami, good luck,” kata Tunku Ismail menerusi laman Instagramnya, kelmarin.

UTAMAGAYA HIDUPTMJ, Mourinho kongsi pendekatan sama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium