TMJ orang biasa – Tun Dr. Mahathir - pakdin.my

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menganggap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai orang biasa.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu beliau berhak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bersifat hasutan.

“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa. Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan Tunku Ismail terhadap Putrajaya, sejak akhir-akhir ini.

Jelas Pengerusi PH itu, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pewaris Sultan Johor itu sekiranya melakukan kesalahan.

“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

UTAMAPOLITIKTMJ orang biasa – Tun Dr. Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium