Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Global

All countries
228,955,299
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
203,833,333
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
4,700,355
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

TMJ titah penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta berperingkat

JOHOR BAHRU — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan supaya pengurusan COVID-19 di negeri ini ditambah baik dengan penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta secara berperingkat bagi meringankan beban sistem kesihatan awam.

Tunku Ismail menerusi hantaran dalam laman Facebook bertitah pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Sultan Ismail (HSI) akan dipindahkan ke Hospital Columbia Asia, manakala pesakit dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ.

“Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad juga telah mengumumkan penambahan katil di wad COVID-19 HSI dan kemudahan khemah di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma (HSI) turut akan ditambah baik,” titah baginda.

Baginda bertitah langkah itu diambil susulan perjumpaan dengan Hasni bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu serta pakar penyakit berjangkit Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Dr Dhesi Baha Raja di sini hari ini.

Langkah itu susulan tular di media sosial seorang pengguna Facebook mendakwa HSI kekurangan kapasiti menampung pesakit COVID-19 sehingga menyebabkan pesakit terpaksa ditempatkan di khemah dan hanya tidur di atas kerusi.

Sementara itu, Tunku Ismail bertitah satu inisiatif baharu iaitu Inisiatif Pemimpin Advokasi COVID-19 (IPA-C) akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan pemimpin-pemimpin komuniti tempatan.

“Objektif inisiatif ini adalah untuk mencegah penularan wabak COVID-19 dengan mengutamakan konsep tanggungjawab ‘Collective Responsibility’ dalam menggerakkan dan memperkasakan komuniti.

“Selain itu, ia bertujuan memantapkan konsep ‘Risk Communication’ yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dan memperkukuhkan usaha-usaha pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard”, titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah proses vaksinasi juga harus dipercepatkan dan sentiasa dipantau oleh agensi-agensi dan pihak berkuasa agar proses itu dapat dijalankan secara baik, cepat, selamat dan tidak membebankan rakyat yang datang ke pusat pemberian vaksin.

“Selain daripada mempercepatkan proses vaksinasi, kita juga perlu beri tumpuan kepada pesakit COVID-19 supaya mereka mendapat jagaan rapi yang sebaiknya,” titah baginda.

Johor merekodkan 1,508 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 110,845 dengan 1,347 kematian.

— BERNAMA

Berkaitan