30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Tok Mat Hasan tolak perlantikan dalam GLC

  • Sebelum ini, satu senarai berhubung pelantikan sejumlah pemimpin UMNO bagi mengetuai GLC disebarkan di media sosial
  • Bagaimanapun Tok Mat (Mohamad) seorang yang menolak untuk menerajui GLC

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata beliau telah menolak pelantikan bagi menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bagaimanapun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu tidak mengulas panjang perkara itu, termasuk sebab beliau berbuat demikian.

“Ya saya,” katanya ringkas kepada Malaysiakini ketika ditanya berkenaan khabar angin berkenaan tindakannya menolak pelantikan tersebut.

Sebelum ini, satu senarai berhubung pelantikan sejumlah pemimpin UMNO bagi mengetuai GLC disebarkan di media sosial, antaranya Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mad Hasan, bakal menjadi pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Terdahulu sumber dalam UMNO memberitahu Malaysiakini bahawa hampir semua nama pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan pelantikan dalam GLC itu sebagai betul.

“Bagaimanapun Tok Mat (Mohamad) seorang yang menolak untuk menerajui GLC.

“Beliau menolak pelantikan itu kerana ingin memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kekuatan parti bagi menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Selain Mohamad, khabar angin turut mengatakan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai pengerusi Petronas, manakala naib presiden Mahdzir Khalid sebagai pengerusi TM.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tajuddin Abdul Rahman pula dikatakan akan menjadi pengerusi Prasarana Malaysia Bhd.

Mahdzir sebelum ini berkata beliau belum menerima apa-apa surat berkenaan perkara itu, manakala Tajuddin menyifatkannya sebagai “masih lagi bersifat khabar angin”.

Bagaimanapun sejumlah anggota Parlimen Perikatan Nasional (PN) sudah disahkan dilantik ke dalam GLC dan agensi kerajaan.

Terbaru, lima anggota Parlimen dilantik sebagai pengerusi bagi lima agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), antaranya Azizah Mohd Dun (Beaufort) sebagai pengerusi Mara dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok) sebagai pengerusi Kesedar.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan