Tok Mat jemput Najib bantu kempen di Sendayan #PRKRantau

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantunya berkempen di PRK DUN Rantau.

Menurut Mohamad, jemputan itu khusus bagi Najib melihat sendiri pembangunan di Sendayan yang merupakan hasil jasanya sebelum ini.

“Saya jemput Najib datang ke Sendayan kerana pembangunan kawasan itu hasil buah tangan beliau menolong kerajaan negeri (BN) dengan memindahkan pengkalan Tentang Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Sendayan. Maka, kita dapat jual tanah tersebut 750 ekar untuk bayar pinjaman dan hutang-hutang.

“Jika tiada bantuan kerajaan Persekutuan sebelum ini khususnya Najib, pembangunan Sendayan tidak akan dapat dijalankan. Apa yang kita lihat sekarang dengan membantu membeli (tanah Sendayan) melalui 1MDB,” katanya.
Beliau juga tidak menganggap kes mahkamah dihadapi Najib akan memberi kesan negatif kepada kempennya.

“Kes mahkamah itu isu peribadi Najib. Saya yakin tak beri kesan negatif kepada pengundi kerana orang dah lali dengan fitnah dan tuduhan yang macam-macam.

“Ramai lagi orang melihat dan kenang jasa Najib di Negeri Sembilan,” katanya.

Ditanya mengenai PH yang masih menggunakan 1MDB sebagai modal kempen, Mohamad berkata, penduduk di Rantau tidak ambil kisah dengan isu tersebut.

“Orang Rantau tak tau pun 1MDB itu apa, bawang ke ubi kentang? Apa yang mereka kisah ialah susah nak beli barang sekarang, duit tak ada.

“Harga getah dan kelapa sawit merudum nak beli apa? BR1M yang ditunggu-tunggu telah dipotong, banyak bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dihentikan,” katanya.

Lagi maklumat Pilihan Raya Kecil DUN Rantau
http://pakdin.my/tag/prk-rantau

Comments (27)

  1. Nuriah Ibrahim Apr 4, 2019 @ 5:45
  2. Muhammad Jaafar Apr 4, 2019 @ 7:07
    • Shawal Aman Apr 4, 2019 @ 7:28
    • Ina Kamarul Apr 4, 2019 @ 8:01
    • Hadji Oberoi Apr 4, 2019 @ 9:57
  3. Abdul Wahab Apr 4, 2019 @ 7:20
  4. Bossku Bossnya Apr 4, 2019 @ 7:38
  5. Ros Len Apr 4, 2019 @ 7:42
  6. Saberi Rakiah Apr 4, 2019 @ 7:52
  7. Anuar Ibrahim Apr 4, 2019 @ 8:03
  8. Zulcefli Muhammad Apr 4, 2019 @ 8:05
  9. Norizan Mansor Apr 4, 2019 @ 8:24
  10. Jaafar Bakar Apai Apr 4, 2019 @ 8:39
  11. Master Yusri Yusoff Apr 4, 2019 @ 8:49
  12. Hadji Oberoi Apr 4, 2019 @ 9:56
  13. Mohd Firdause Apr 4, 2019 @ 9:59
  14. Salbiah Md Tahir Apr 4, 2019 @ 10:15
  15. Jaafar Bakar Apai Apr 4, 2019 @ 10:50
  16. Harun Abu Bakar Apr 4, 2019 @ 11:06
  17. Raylan Lan Apr 4, 2019 @ 11:20
  18. Awang Amir Apr 4, 2019 @ 11:42
  19. Noor Asmah Salleh Apr 4, 2019 @ 11:47
  20. Abu Bakar Al Haj Apr 4, 2019 @ 11:56
  21. Julia Jajuli Apr 4, 2019 @ 12:59
  22. Julia Jajuli Apr 4, 2019 @ 12:59
  23. Ram Otai Ram Apr 4, 2019 @ 16:32
  24. Shahir Shah Apr 5, 2019 @ 0:52

Leave a Reply