Tokoh dondang sayang Melaka meninggal dunia

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

MELAKA: “Bakat mak dalam berpantun memang semula jadi, boleh jual beli pantun secara spontan. Sayang, tiada antara kami yang mewarisinya.”

Demikian cerita Amuda Pillay, 55 tahun, anak kelima mendiang ikon dondang sayang daripada Etnik Chetti di Melaka, G. Meenachi yang meninggal dunia malam semalam (5 Jun) pada usia 91 tahun.

Jelas Amuda, ibunya yang lebih dikenali dengan panggilan Aunty Meenachi, hingga akhir hayatnya masih hebat berpantun, malah bijak menyesuaikan persembahan pantun dengan penonton yang hadir.

“Beberapa bulan lepas, mak ada masuk hospital. Masa itu pun pantang ada yang menjual pantun, dia masih mampu membelinya dengan baik,” katanya yang ditemui pemberita di Kampung Chetti hari ini (6 Jun).

Berkongsi cerita, Amuda berkata ibunya yang mewarisi bakat itu daripada keluarganya, didedahkan kepada seni pantun dan dondang sayang pada usia 10 tahun.

“Ibunya merupakan pemain rebana dan bapanya adalah pemain muzik dan minat yang diasah itu telah meningkatkan kemahiran mak dalam berpantun sehinggalah pernah mendapat bimbingan daripada penggiat dondang sayang terdahulu, Baba Kim Teck,” katanya.

Menurut Amuda, mendiang juga pernah beberapa kali menerima sumbangan daripada kerajaan negeri serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka atas jasa dan pengorbanan memartabatkan kesenian pantun, antaranya sumbangan Penggiat Seni Dondang Sayang bersempena Panggung Seni Tradisional Cak Kun Cak pada 2019.

Bercerita lanjut, Amuda berkata ibunya yang dilahirkan pada 4 Jan 1930 dan amat fasih berbahasa Melayu itu juga bagaikan ‘ensiklopedia’ tertua berkaitan budaya dan adat bagi masyarakat di Kampung Chetti.

“Kalau hal mengenai kerja kahwin, kematian, kelahiran atau apa saja berkaitan adat Chetti, mereka akan merujuk kepada mak bagaimana hendak melakukannya.

“Malah mak sendiri sangat menjaga penampilannya yang dapat dilihat daripada cara dia bersanggul, berkain batik serta pemilihan baju yang hendak digayakan dan ia menjadi contoh pada yang lain,” katanya.

Mengulas mengenai persemadian mendiang, Amuda menjelaskan keluarganya masih menanti kebenaran daripada pihak hospital.

“Masih ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan. Bagi pengebumian mengikut adat Hindu, upacara pembakaran perlu diadakan antara 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang ini. Bagaimanapun jika tidak sempat, kita akan lakukan esok selepas minta nasihat daripada pihak kuil,” katanya.

Mendiang disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7.18 malam semalam akibat sakit tua.

– BERNAMA/HA/ha

BACA juga:

Leave a Reply