Tokoh Kontroversi Shahidan Kassim Akhirnya Jadi Menteri Pusat - pakdin.my

Shahidan-Kassim

Bekas Menteri Besar Perlis selama 13 tahun, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, 62, yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah antara muka baharu yang diperkenalkan dalam kabinet persekutuan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shahidan menjadi Menteri Besar Perlis pada tahun 1995.

Sebelum ini beliau adalah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Beliau menang kerusi Parlimen Arau dengan kelebihan 1,371 undi menewaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan calon Bebas Zainudin Yom pada pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Shahidan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau merupakan anak kelahiran Arau.

Beliau menerima ijazah sarjana muda sastera pada 1973 sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Sosial di The Hague, Belanda dalam bidang pembangunan luar bandar.

Pada 2007, beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang sains politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu juga pernah menerima anugerah Doktor Kehormat Pengurusan oleh Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia sebagai penghargaan kepadanya yang merealisasikan penubuhan kolej universiti berkenaan pada 2004.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang selama tiga penggal sejak 1995 itu merupakan antara pemimpin yang lantang menyuarakan pandangan dalam politik dan pada masa yang sama tidak pernah sunyi daripada terpalit dalam kontroversi sukan baik di peringkat negeri mahupun nasional.

Kelantangannya menyebabkan Shahidan yang meneraju Persatuan Bola Sepak Perlis dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah sehingga September 2015 dan denda RM39,000 pada Febuari lepas kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan antaranya mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau membayar dendanya itu dengan wang syiling.

Berikutan penggantungan itu, beliau hilang status sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan Anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Beliau yang disifatkan sebagai seorang yang tidak lokek telah menubuhkan Yayasan Pok dan Kassim (YPK) yang antara lain bertujuan membantu golongan ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

UTAMABERITATokoh Kontroversi Shahidan Kassim Akhirnya Jadi Menteri Pusat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium