Tol Lebuhraya Kesas Turun Antara 10 Dan 40 Sen Mulai 15 Jan - pakdin.my

tol kesasPETALING JAYA, 14 Jan — Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Isnin.

Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

“Sebanyak 298,000 pengguna lebuh raya (kadar sehari) ini akan menikmati kadar penurunan itu dan ia tidak akan naik sehingga tahun 2016,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan pusingan U bertingkat di KM 37.5 Lebuhraya Kesas di sini.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.

Bermula esok, kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam, Kesas, turun antara 10 hingga 40 sen mengikut kelas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata penurunan itu susulan penstrukturan semula yang dilakukan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Untuk rekod, 290 ribu kenderaan menggunakan lebuh raya ini setiap hari.

Datuk Seri Shaziman ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan pusingan-u bertingkat di KM 37.5 Lebuh Raya Shah Alam, pagi tadi.

Pembinaan bernilai RM25 juta itu diluluskan kerajaan dan dijangka siap Mac tahun depan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

UTAMABERITATol Lebuhraya Kesas Turun Antara 10 Dan 40 Sen Mulai 15 Jan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium