Tolak Jawatankuasa Kaji Royalti : Anwar Bukan MB Kelantan – Ibrahim Ali - pakdin.my

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudahpun menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan wakil negeri itu yang akan dicadang menganggotai jawatankuasa khas bayaran tunai royalti, beberapa hari selepas Perdana Menteri umumkan penubuhan panel khas itu.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS itu memaklumkan, beliau belum mengemukakan cadangan siapakah individu yang bakal menduduki jawatankuasa itu nanti kerana ianya belum dibincangkan diperingkat kerajaan negeri.

Namun, apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penubuhan jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur tidak perlu sebaliknya mahu bayaran terus diberikan kepada Kelantan dengan segera, timbul persoalan kewajaran desakkannya itu.

Ini kerana Nik Aziz selaku Menteri Besar tidak menolak jawatankuasa itu tetapi berharap bayaran disegerakan bukannya mengambil masa enam bulan mengkajinya.

Nik Aziz juga sudah menyembah maklum perkara itu kepada Sultan Kelantan.

Walaupun tidak ada maklumat rasmi hasil pertemuan itu, Nik Aziz seperti dilaporkan media hanya memaklumkan Kelantan belum melantik wakil menganggotai jawatakuasa tersebut.

Jadi kenapa Anwar pula tiba-tiba bersuara menegaskan jawatankuasa itu tidak perlu?

Apakah beliau sudah berbincang dengan Nik Aziz atau mendapat persetujuan Sultan Kelantan supaya menerima ideanya itu?

Sebagai Ketua Pembangkang, tidak bermakna Anwar boleh campur tangan urusan rasmi kerajaan Kelantan apatah lagi dengan membelakang Sultan ataupun mengambilkira suara majoriti rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu yang lebih berhak menuntut royalti berbanding Anwar.

Exco Kelantan, Datuk Husam Musa turut menyatakan persetujuan bahawa jawatankuasa itu tidak perlu bagi menyelesaikan royalty kepada Kelantan.

Naib Presiden PAS itu menyatakan, pakatan rakyat mendesak Datuk Sri Najib Tun Razak menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

Husam menegaskan ketetapan itu dipersetujui dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Khamis.

Andai benar perkara itu ketetapan mesyuarat PR, adakah Nik Aziz mengetahuinya atau beliau sudah menyerahkan mandat kepada Husam membuat keputusan tersebut?

Jika ya sekalipun, pasti ramai khususnya rakyat negeri itu tertanya-tanya apakah Sultan Kelantan yang sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menuntut royalti tersebut juga bersetuju dengan keputusan pimpinan PR.

Antaranya ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan Anwar ‘penyibuk’ nak campur urusan orang lain sedangkan hal sendiri belum selesai.

“Anwar tahu isu ini hampir selesai dan sudah tidak boleh jadi modal politiknya. Dia minta cepat (bayar royalti) supaya nanpak dia hero yang memperjuangkannya,”

“Saya minta Anwar jangan sibuk uruskan hal orang lain. Dia bukan MB Kelantan..Uruskan hal sendiri termasuk kes Saiful Bukhari (Azman) Datuk Eskay (Abdullah), Datuk S.Nallakarupan dan Umi Hafilda (Ali) yang belum selesai dan beliau jawab,” katanya ketika dihubungi Agendadaily.

Presiden Perkasa itu menegaskan, Nik Aziz tidak bantahpun cadangan Najib malah Sultan Kelantan pun tidak bertitah apa-apa termasuk tolak jawatankuasa itu.

“Najib sudah nyatakan keikhlasannya untuk selesaikan isu tersebut malah Tengku Razaleigh Hamzah juga setuju dan minta dipercepatkan.

Kenapa Anwar yang bising menolak jawatankuasa itu. Ini semua modal politik untuk peribadinya,” tegas Ibrahim – Agendadaily

UTAMAPOLITIKTolak Jawatankuasa Kaji Royalti : Anwar Bukan MB Kelantan – Ibrahim Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium