‘TOLAK PAS’ BERGEMA DI KONVENSYEN PAKATAN - pakdin.my

Satu demonstrasi aman ‘tolak Pas dalam Pakatan Harapan’ diadakan di pusat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan ‎di IDCC, Shah Alam hari ini.

Menurut Presiden kelab penyokong Pakatan Harapan Malaysia,Osman Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berkenaan hasrat itu.

Ujarnya, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu menjauhi diri daripada Pas, dan tidak perlu lagi memujuk parti itu untuk berada bersama dalam Pakatan Harapan.

“Kami menanti kehadiran pimpinan tertinggi PH untuk menyampaikan hasrat ini,” katanya.

Demonstari aman yang disertai oleh 20 wakil NGO Pro Pakatan Harapan itu turut membawa sepanduk yang tertera perkataan menolak Pas.

“Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas, sampai bila mahu tunggu Pas kami akar umbi sudah bosan‎,” tertera perkataan tersebut.

‎Konvensyen Pakatan Harapan 2016 berlangsung sehari bermula hari ini.

20161112-konvensyen-pakatan-tolak-pas

UTAMAPOLITIK‘TOLAK PAS’ BERGEMA DI KONVENSYEN PAKATAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium