27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Tolak politik kebencian

20160925-najib-festival-wanita-muda

Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak sikap pembangkang yang hanya pandai bermain politik kebencian dengan memburuk-burukkan kepemimpinan kerajaan tetapi gagal mengemukakan sebarang agenda pembangunan atau transformasi buat negara.

Perdana Menteri berkata, meskipun sedar budaya politik kebencian tidak akan membawa Malaysia menuju kejayaan, pembangkang tetap memilih jalan tersebut kerana memburuk-burukkan pihak lawan adalah kerja paling mudah walaupun tindakan itu mendatangkan dosa.

Kata beliau, berbeza dengan pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan UMNO selaku tunjangnya mempunyai deretan agenda pembangunan, pelan transformasi serta dasar-dasar yang telah terbukti keberkesanannya sehingga meletakkan Malaysia pada kedudukan sekarang.

“Apabila kita memburukkan orang lain itu senang walaupun berdosa, tetapi memburukkan orang lain tidak membawa kita kepada kejayaan. Kita (BN) ada agenda yang lebih baik dan sempurna untuk negara,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Wanita Muda di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Kuala Sela­ngor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Festival yang buat julung kalinya diadakan bagi menghimpunkan wanita muda melibatkan pelbagai bangsa, agama serta latar belakang dari seluruh negara itu dianjurkan Puteri UMNO.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO menggariskan dua tugasan utama yang perlu digalas Puteri UMNO dalam menangani pelbagai cabaran dihadapi generasi muda terutamanya dalam konteks politik, ekonomi dan sosial.

Jelasnya, bagi tugasan pertama, Puteri UMNO perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan generasi muda bahawa wadah perjuangan yang paling baik kepada mereka ialah UMNO dan BN.

Tugasan kedua pula kata Perdana Menteri, Puteri UMNO perlu membentuk atau menyediakan generasi muda dengan segala kekuatan meliputi aspek ilmu, kerohanian dan kemahiran agar mereka berupaya mendepani segala cabaran mendatang.

“Saya sebagai Presiden UMNO mahu Puteri UMNO terus berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya generasi wanita muda akan menganggap wadah perjuangan yang paling baik untuk mereka ialah wadah perjuangan dipelopori UMNO dan BN.

“Tugasan ketiga untuk Puteri UMNO ialah menyediakan generasi wanita muda dalam menghadapi segala cabaran masa akan datang melangkaui soal politik, sebaliknya lebih realistik bukan hanya untuk meraih undi daripada golongan itu semata-mata,” katanya.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan