1MDB: Tony Pua dicabar buat kenyataan rasmi tak terbabit isu Justo - pakdin.my

Tony-Puah-Justo

TUARAN: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhenti mengeluarkan kenyataan mencabarnya mengenai pertemuan dengan Pengarah Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, sebaliknya membuat kenyataan rasmi menidakkan pembabitannya.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata walaupun beliau tidak kisah dicabar, termasuk dengan kata-kata kurang manis, Pua perlu menghentikan perbuatan itu dan menyatakan kedudukan sebenarnya.

Xavier Andre Justo

“Kenyataan berhubung isu ini bukan dibuat oleh menteri Barisan Nasional (BN). Persoalan lebih besar ialah apakah kepemimpinan DAP iaitu Lim Kit Siang, mahu ke depan bahawa Tony Pua tidak terbabit sama skali, sama ada berhubung, berjumpa atau mengarah seseorang untuk berhubung dengan Justo.

“Ini yang penting iaitu sama ada Tony, Kit Siang dan kepemimpinan DAP sanggup untuk tampil ke depan menidakkan sekeras-kerasnya pembabitan Tony dalam apa bentuk sekalipun dengan Justo,” katanya ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, di sini, sebentar tadi.

Semalam, Rahman meminta Pua dan Kit Siang membuat sidang media untuk menidakkan isu Justo sebagai bukti yang DAP tidak terbabit dalam isu itu.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Tony Pua dicabar buat kenyataan rasmi tak terbabit isu Justo

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium