TPM Minta Tian Chua Jawab Di Mahkamah

tian-chua-sulu

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua supaya membuat keterangan penafian di mahkamah berhubung penglibatannya sebagai dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.

Timbalan perdana menteri berkata, tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan beliau berhubung dakwaan berkenaan yang dibuat pada pagi Isnin.

“Beliau tidak perlu membuat penafian di media. Polis akan mengambil kenyataan beliau dan sila beri keterangan dan penafian di mahkamah.

“Saya tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kenyataan saya pagi tadi.

“Beliau jawablah kerana hanya beliau sahaja yang tahu penglibatan dalam pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah) atas anjuran beliau,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Terdahulu, Tian Chua menggesa Ahmad Zahid menarik balik kenyataan yang mendakwa beliau sebagai dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Jacel H Kiram.

Ahli Parlimen Batu itu menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Zahid sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Chua sekali lagi mengulangi penjelasan Nurul Izzah mengenai kehadiran mereka di Filipina di atas undangan pihak pelbagai parti politik di negara itu.

“Tujuan kita berada di sana untuk membawa isu yang membawa kesedaran kepada rakyat Filipina dan kalangan ahli-ahli politik mengenai hak asasi manusia dan isu kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Chua.

91 COMMENTS

  1. betul tu tapi Zahid Hamidi perlu juga bagi penjelasan slps kejadian Lahad Datu Datok kata tau siapa sebalik bencana tersebut. Saya dah bertanya berulang kali tapi masih tiada jawapan. Harap dpt Datok clarify this based on your statement years ago. I still remember and my heart bleeds for those who gunned down by these culprits.

  2. org macamni memang patut d bagi pengajaran jgn sampai bubur dh tk bolih d makan baru nk terhegeh2 nk buat ..cakap kena buat baru rakyat raspek kpd krajaan dn juga tk bolih d permainkn undang2 yg ada.cepat,cepat,jgn tunggu lama2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here