TPPA: Senario pembangkang tidak boleh dipakai - pakdin.my

Senario yang dizahirkan pembangkang mengenai Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) seolah negara akan menggadaikan segalanya jika Malaysia bersetuju dengan perjanjian tersebut adalah tidak boleh dipakai.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata soal tergadai ataupun tidak, belum lagi kita boleh ketahui selagi kita tidak mendengar sendiri analisis yang akan dibentangkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

wee ka siong TPPA

“Apa nak gadai kalau kita nak memperluaskan lagi peluang perniagaan? Akses kepada pasaran adalah antara perkara yang penting.

“Kita kena buat satu senario sekiranya kita tak masuk (TPPA) adakah negara kita akan berkembang atau rigid dari segi pertumbuhan ataupun sebaliknya? Kita tak boleh sewenang-wenangnya buat andaian kalau kita tak masuk kita akan lebih baik,” kata Ka Siong.

Ketika ditanya samaada TPPA akan mengganggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Ka Siong menegaskan sudah tentu ada senario menang-menang.

Namun apa yang lebih penting PKS perlu memahami sepenuhnya peluang dan risiko yang mereka perlu hadapi jika TPPA dilaksanakan kelak supaya mereka lebih bersedia.

“Sudah tentu ada perkara yang perlu kita bagi dan sesuatu yang kita akan dapat keuntungan dan dalam kes seperti ini ia bukan ‘absolute’.

“Tak mungkin ‘absolute victory’ (sangat menguntungkan) bagi Malaysia. Saya sendiri nak dengar dari PKS apa peluang yang mereka boleh dapat daripada penyertaan Malaysia dalam TPPA,” katanya.

Bagaimanapun PKS perlu ada pemahaman secukupnya kerana dibimbangi mereka akan mudah terikut-ikut dengan kenyataan pihak tidak bertanggungjawab yang membayangkan kos beberapa perkara akan meningkat.

“Saya yakin selepas ini Anifah Aman akan terangkan sepenuhnya supaya kita tak terikut-ikut atau terpengaruh dengan yang bukan-bukan.

“Kalau kita tak buat perbandingan atau analisa secara rasional kita akan terbawa-bawa dan termakan hujah yang diluahkan oleh pihak-pihak yang memang ada agenda politiknya,” katanya lagi.

UTAMAEKONOMITPPA: Senario pembangkang tidak boleh dipakai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium