25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

TPPA : Siapa yang jual prinsip sebenarnya soal Shahrir

Meskipun umum mengetahui keputusan perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan berpihak ke sebelah mana, namun sebagai pentadbir yang prihatin, kerajaan tetap mengadakan perbincangan secara terbuka bagi memberi kefahaman kepada semua pihak.

shahrirtppa

Menurut Pengerusi Majlis Ahli-Ahli Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, perbincangan itu adalah permintaan daripada pembangkang sendiri dan seharusnya ia dipersetujui dengan fakta, bukannya berlandaskan ideologi politik masing-masing.

Jelas beliau lagi, ini kerana setiap keputusan yang dibuat itu haruslah demi kepentingan rakyat, dan bukan menghalalkan taktik kotor mereka yang hanya ingin menjatuhkan Perdana Menteri melalui isu yang dibangkitkan seperti TPPA.

“Dalam demokrasi itu keadaannya, kita hormat pandangan minoriti, kita bagi peluang pada perbincangan secara terbuka dan itu yang mereka nak, dia nak lebih ‘open’, nak lebih ‘transparent’, kenapa bantah pula? Soal menang kita memang menang sebab BN adalah majoriti.

“Tapi kita nak menang juga dalam persepsi rakyat, kita nak kefahaman rakyat dan kita buka kepada perbincangan, perbahasan di Parlimen.TS SHAHRIR TPPA

“Jangan bantah sebab tak faham tapi bantah dengan penuh kefahaman, cakap ‘saya faham benda ni tapi ia bawa mudarat sebab  1 2 3 4’, itu cara dia, mereka (pembangkang) bukan membantah sebab benda tu tak baik, tapi sebab hanya tak setuju,” katanya kepada BNBBC.my.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen yang mendakwa Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya menggunakan institusi Parlimen untuk meluluskan perlaksanaan TPPA walaupun kuasa berada di tangan Perdana Menteri itu untuk menghalangnya perlaksanaan tersebut.

Shahrir dalam masa yang sama turut mengulas tentang pendirian PAS untuk bersama pembangkang membantah TPPA.

“Mereka bantah sebab mungkin ramai tak datang dalam sesi penerangan TPPA semalam, sepatutnya mereka, perlu hadir untuk dengar taklimat, fahami dengan lebih dekat tentang bagaimana produk halal ini diberikan pengiktirafan dan tak boleh dikacau, ini benda yang baik pada negara kita.

“Kita yang ketengahkan tentang halal ni dengan JAKIM nya, dengan ada testingnya lagi, di mana kita akan berdepan dengan pasaran halal yang turut berada di seluruh negara termasuk Amerika Syarikat dan Kanada dalam masa 20 tahun akan datang, kita pun tahu komuniti Islam di sana pun akan bertambah, ini benda baik untuk kita,” tambahnya.

Mengulas lanjut, ketegasan Malaysia dalam menetapkan dasar polisi dalam TPPA akan menjadikan industri halal akan lebih maju ke hadapan dan diterima di seluruh dunia.

“Kita ‘join’ TPPA tapi tak perlu ubah dasar kita, tak perlu ubah strategi kita dalam negara, boleh terus promosi industri halal.

“Siapa yang kata jual negara? Malah Amerika jual prinsip mereka kerana dulu pada asalnya mereka kata Malaysia diskriminasi kerana pro bumiputra.

“Tapi hari ini, siapa yang menang sebenarnya? bukan kita yang dijajah,”

Berita Berkaitan

Komen

  1. Pembangang hanya tahu untuk mengagalkan segala perancangan kerajaan kerana mereka tahu apa yang hendak dilakukan adalah kebaikan kepada rakyat. Oleh kerana mereka tidak mahu kehilangan sokongan rakyat maka mereka mencipta persepsi buruk walaupun penerangan telah diberikan. Tujuan membantah ini kerana mereka tidak mahu negara mendapat hak istimewa dalam persetujuan TPPA. Ini kerana didalam persetujuan TPPA kerajaan telah memberikan syarat hak keistimewaan kepada golongan Melayu, bumiputera dan Islam sebagai antara clause perjanjian TPPA. Tetapi sebaliknya apabila TPPA ini GAGAL ditandatangani maka kerajaan akan KEHILANGAN hak istimewa keatas Melayu, bumiputera dan Islam pada masa perjanjian TPPA akan datang. Pada masa itu pembangang akan menyokong perjanjian TPPA ini TETAPI kerajaan sudah kehilangan hak istimewaan persetujuan bersama dan TERPAKSA mengikut/menerima persetujuan standard TPPA dan rakyat pada masa itu akan MARAH dan dituduh menjual negara. Ketahuilah bahawa Indonesia dan Filipina sedang menanti perkembangan terkini Malaysia dalam TPPA ini. Jika kita menolak maka mereka pula yang akan menyambut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.