32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Tradisi Munjung Diteruskan Pada Syawal

Lebih 3,000 ketupat dimasak sempena program Munjung iaitu acara tahunan tradisi masyarakat Jawa Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini yang menghantar juadah kepada penduduk kampung menjelang sambutan Aidilfitri.
Lebih 3,000 ketupat dimasak sempena program Munjung iaitu acara tahunan tradisi masyarakat Jawa Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini yang menghantar juadah kepada penduduk kampung menjelang sambutan Aidilfitri.

TANJONG KARANG: Melapah seekor lembu dan memasak 3,000 biji ketupat adalah antara aktiviti wajib bagi penduduk Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini untuk program ‘Munjung’ yang diadakan setiap tahun menjelang sambutan Syawal.

Suasana meriah penduduk kampung bergotong-royong menyiapkan juadah istimewa sempena Hari Raya itu pasti akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang turut menyertai Munjung, yang diambil daripada perkataan mengunjung.


Pengerusi dan Penyelaras Kelab Kebajikan Kampung Sungai Gulang-Gulang Mohd Zamri Kahar berkata Munjung merupakan amalan masyarakat Jawa iaitu tradisi menghantar makanan kepada jiran tetangga beberapa hari sebelum sambutan Lebaran.

Beliau berkata program kali ini merupakan tahun ketiga diadakan dan membabitkan 500 keluarga di kampung berkenaan dengan berkonsepkan sedekah sesama penduduk kampung yang mengumpul dana untuk memasak dan mengedarkan juadah seperti ketupat, kuah kacang, rendang dan dodol.

“Program ini lebih bermakna apabila ia diadakan dengan sedekah serta sumbangan daripada penduduk kampung sendiri termasuk dalam bentuk kewangan, barangan dan juga tenaga serta kerjasama yang diberikan.


“Macam-macam sumbangan diberikan seperti beras, minyak, gula, bahan mentah dan pelbagai lagi seperti budaya orang dahulu kala iatu apabila mahu mengadakan kenduri, penduduk kampung akan sama-sama sumbangkan barangan, itulah yang kami lakukan,” katanya, yang turut berpeluang menyertai program itu.

Mohd Zamri berkata seramai 50 penduduk berkampung selama tiga hari bagi menyiapkan juadah sebelum dihantar ke seluruh kampung.Sepanjang program itu, satu kenduri berbuka puasa dan bersahur turut diadakan dengan menyajikan menu masakan tradisi kampung seperti sup tulang, ikan keli bercili, ayam masak kicap dan sayur goreng.

munjung-2


Program itu lebih bermakna apabila ada individu yang menaja 100 penduduk kampung membuka akaun Tabung Haji. Penduduk kampung itu terdiri daripada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Mohd Zamri berkata program itu turut mendapat sokongan Kolej Komuniti Tanjong Karang dan Persatuan Belia Batu 5 kampung berkenaan yang sama-sama membantu penduduk kampung memasak dan mengedarkan juadah.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan