32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Tragedi Murid SK Tohoi Undang Masalah Baharu Kepada JPN

kanak2-hilang-pos-tohoi-3

Walaupun episod kehilangan murid Orang Asli sudah berakhir, Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi kini berdepan dengan masalah ramai murid Orang Asli tidak hadir di sekolah itu.
Kejadian itu, di mana hanya dua daripada tujuh murid itu ditemui hidup hampir 50 hari kemudian, nampaknya meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Orang Asli di sekitar penempatan Pos Tohoi di Gua Musang.
Pengarah Pendidikan Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata sejak kejadian itu pada 23 Ogos, bilangan murid Orang Asli yang hadir ke sekolah terus merosot.
SK Tohoi mempunyai seramai 223 murid dan kadar kehadiran pada 2 Ogos sebelum kejadian itu berlaku adalah kira-kira 85 peratus.
“Bagaimanapun, selepas tujuh murid itu hilang, kedatangan murid mula menurun kepada 78 peratus pada minggu keempat selepas kejadian dan seminggu kemudian merosot lagi kepada hampir separuh sahaja daripada jumlah pelajar sekolah itu.
“Ia kembali meningkat pada minggu ketujuh dan kelapan dengan kehadiran mencecah 67 peratus tetapi selepas cuti pertengahan penggal dari 20 Sept hingga 27 Sept, kehadiran murid menurun mendadak kepada 41 peratus,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama Jakoa di pejabatnya baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata penurunan mendadak murid SK Tohoi selepas cuti persekolahan itu adalah kerana murid dan ibu bapa masih terkesan dengan insiden berkenaan.
Selain itu, murid-murid itu mungkin ada masalah untuk kembali ke asrama selepas pulang bercuti di kampung halaman yang terletak jauh di pedalaman.
Bagaimanapun, ini tidak mungkin kerana pengangkutan disediakan untuk mereka pulang ke asrama.
“Tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah walaupun ada kenderaan telah disediakan untuk mereka pulang ke asrama kerana bimbang ada antara anak mereka akan bertindak melarikan diri dari asrama,” katanya.

sekolah-kebangsaan-tohoi
KAUNSELOR DAN NGO BANTU PULIHKAN SEMANGAT
Bagi menangani masalah ini, JPN Kelantan telah menghantar seramai 32 kaunselor dan dibantu 13 pegawai Jakoa bagi memberi kesedaran kepada masyarakat itu mengenai kepentingan menghantar anak mereka kembali ke sekolah.
Malah, beliau berkata 20 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Persatuan Orang Asli Kelantan dan Yayasan Orang Asli Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada JPN Kelantan dan Jakoa dalam usaha meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
“Alhamdulillah, sejak pendekatan ini digunakan, peratusan murid-murid kembali ke sekolah meningkat daripada daripada 41 peratus pada minggu kelapan (selepas cuti pertengahan penggal) kepada 47 peratus pada minggu ke sembilan dan 55 peratus (minggu kesepuluh sehingga 15 Okt).
“Kita akui sukar untuk memujuk masyarakat ini selepas mereka ‘terluka’ dengan tragedi tujuh murid hilang itu,” katanya.
Ditanya lagi mengenai masalah pengangkutan, Ab Aziz berkata sebagai contoh, Kampung Gawin dan Kampung Penad terletak hampir 50 kilometer dari SK Tohoi dengan jalan utamanya adalah jalan balak dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk sampai ke sekolah jika menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
“Murid-murid ini hanya dibenarkan pulang ketika cuti panjang sahaja kerana perjalanan mengambil masa yang lama. Jika mereka dibenarkan pulang seperti asrama harian biasa di bandar, mereka hanya mempunyai masa kira-kira satu hari sahaja untuk bersama keluarga sebelum terpaksa pulang ke asrama.
“Begitupun, pihak kami sedang mengkaji beberapa penambahbaikan, antaranya dengan membawa keluarga murid-murid berkenaan ke sekolah supaya mereka dapat melepaskan rindu kepada keluarga masing-masing,” katanya.
TRAGEDI TUJUH MURID ORANG ASLI
Tujuh kanak-kanak yang hilang itu adalah Miksudiar Aluj, 11; Norieen Yaacob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, dengan kesemua mereka dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Mereka melarikan diri ke hutan belantara Pos Tohoi kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
Lebih memilukan, selepas hampir 50 hari hilang dalam hutan, empat daripada kanak-kanak itu – Ika, Haikal, Linda, dan Juvina, ditemui mati. Seorang lagi mangsa, Sasa Sobrie, 8, belum ditemui.
Dua daripada tujuh kanak-kanak itu, Miksudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi dan kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan