Video: Tragedi Ribut Di Pulau Pinang – Mangsa Gagal Ditemui - pakdin.my

 

Perkembangan operasi mencari seorang lelaki dikhuatiri tertimbus di bawah jalan raya yang dihempap penebat kilat akibat ribut di Georgetown, Pulau Pinang.

Setakat jam tiga pagi tadi, pasukan penyelamat gagal menemui mangsa.

Serpihan kereta yang dinaiki lelaki terbabit, Lim Chin Aik, 44 tahun dijumpai ketika kerja-kerja pembersihan dilakukan kira-kira jam 6.15 tadi.

Serpihan itu dipercayai bahagian depan kereta serta plat besi nombor kasis kereta dengan nombor pendaftaran PJD 8271 itu.

Terdahulu, keluarga mangsa difahamkan membuat laporan polis mendakwa mangsa tidak pulang ke rumah.

Lim, seorang peniaga dikatakan berada di tempat kejadian ketika penebat kilat sepanjang 40 meter di atas bangunan Umno di Jalan Mcallister tumbang.

Dia difahamkan berada dalam perjalanan untuk menjemput anaknya dari sekolah.

Pihak bomba dan penyelamat mengambil alih operasi mencari dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Mereka menjumpai tayar serta rim kereta setelah mengorek jalan sedalam enam meter.

Kerja-kerja mengorek juga menghadapi kesukaran kerana terdapat paip air dan kabel elektrik bawah tanah.

Khamis lalu, seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai kelindan maut kerana tersepit dalam lori yang dihempap runtuhan penebat kilat berkenaan.

Manakala seorang lagi mangsa maut kerana ditimpa pokok dalam kejadian ribut di Pulau Pinang pada hari yang sama.

當局出動3架神手,同時挖掘汽車殘骸。

UTAMABERITAVideo: Tragedi Ribut Di Pulau Pinang - Mangsa Gagal Ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium