Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Global

All countries
230,231,346
Confirmed
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
All countries
205,234,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm
All countries
4,720,846
Deaths
Updated on September 21, 2021 22:59 10:59 pm

Transkrip Perbualan Juruterbang #MH370, Pengawal Udara Didedahkan Jika Pakar Benarkan

MH370-dca-atc

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar-pakar memberikan kebenaran.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir di antara juruterbang dan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip yang didedahkan kepada orang ramai.

Hishammuddin berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

“Saya tidak berapa pasti mengenainya tetapi saya boleh sahkan penglibatan saya dalam penyiasatan itu yang berkaitan dengan FBI sejak dari hari pertama.

“Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan. Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya,” katanya dalam sidang akhbar mengenai operasi mencari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Sementara itu, beliau berkata semua panel siasatan telah ditubuhkan dan kebenaran akan dibuktikan.

“Pada dasarnya, jika anda bertanyakan soalan yang merupakan sebahagian daripada siasatan, mengenai transkrip, anda perlulah bersikap adil kepada kami kerana hanya mereka yang melakukan siasatan itu yang boleh memberikan kata ‘OK’.”

Hishammuddin berkata pada akhirnya nanti, beliau yang perlu berdepan dengan suruhanjaya diraja atau jawatankuasa pilihan Parlimen serta lembaga siasatan antarabangsa.

“Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas beliau.

Ditanya mengenai maklumat penyiasatan berkaitan transkrip temu bual dengan isteri juruterbang pesawat itu, yang dikatakan didedahkan oleh polis kepada The Daily Mail yang berpejabat di London, beliau berkata ia tidak didedahkan pihak polis.

Berkaitan