27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Transponder #MH370 Mungkin Sengaja Dimatikan – Pakar

boeing_777_cockpit

Bukti baharu yang diperolehi mencadangkan bahawa komunikasi dari pesawat Malaysia Airlines yang hilang mungkin secara sengaja telah dipotong.

ABC News berkata penyiasat AS kini percaya trasponder dan sistem laporan data pesawat yang melaporkan kedudukannya dalam penerbangan kepada radar di darat ditutup secara berasingan.

Fakta menunjukkan peranti nampaknya telah dimatikan selang 14 minit antara satu sama lain, menunjukkan bahawa ia mungkin sengaja dimatikan atau dalam maksud lain ia bukan akibat bencana terhadap pesawat di udara, menurut rangkaian AS.

Transponder itu telah dimatikan 30 minit selepas komunikasi akhir dari kokpit, masa yang hampir sama yang Malaysia percaya pesawat itu mungkin telah berpatah balik, menurut Washington Post.

Turut diambil kira ialah ‘cadangan yang menunjukkan bahawa seseorang yang tidak dibenarkan telah mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang daripada juruterbang” Washington Post memetik seorang pakar kemalangan penerbangan AS sebagai berkata.

Menurut data yang diperolehi, sistem laporan telah ditutup pada pukul 1.07 pagi (waktu Malaysia) dan transponder ditutup pada pukul 1.21 pagi.

Pesawat itu terputus hubungan radar kira-kira pukul 1.30 pagi, kurang satu jam selepas berlepas, menurut pegawai-pegawai Malaysia.

Mereka telah mengesahkan bahawa kata-kata terakhir yang didengar dari kokpit ialah: “Alright, good night” yang diucapkan secara santai sebaik sahaja pesawat itu memasuki kawalan trafik udara Vietnam dari Malaysia.

Cuaca pada malam berada dalam keadaan baik.

Berita Berkaitan

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

[Video] Pesawat ringan mendarat cemas dikendali juruterbang profesional

KULAI: Kerosakan enjin dipercayai menjadi punca pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza N5045B, mendarat cemas...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...