Tren Baharu Untuk Laluan LRT Kelana Jaya Tiba Minggu Depan - pakdin.my

Bombardier - Metro 300-LRT-Kelana Jaya

Set pertama daripada tambahan 14 set tren empat koc generasi baharu Innovia untuk laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya akan tiba di Pelabuhan Klang, minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn. Bhd., Khairani Mohamed berkata tren baharu itu akan beroperasi dengan pembukaan Projek Sambungan TRENLaluan LRT Kelana Jaya (LEP) pada pertengahan tahun depan.

“Set tren tambahan ini dibeli untuk memenuhi unjuran jumlah penumpang bagi LRT Kelana Jaya, yang sedang dilaksanakan.

“Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) telah ditauliahkan untuk membekalkan tren baharu 4 koc. Ini merupakan model Innovia generasi baharu yang dikeluarkan oleh Bombardier, dan kami ialah antara pelanggan pertama,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini

Khairani berkata apabila tiba di Pelabuhan Klang, tren tersebut akan dihantar ke kilang BHC di Pelabuhan Barat untuk kerja-kerja dalaman dan ujian dan apabila prosedur itu siap, ia akan dihantar ke Depo LRT Kelana Jaya Subang untuk ujian kelayakan dan rutin.

Dalam kenyataan itu, ia juga menyatakan bahawa 20 tren baharu enam koc bagi Laluan Ampang telah dibeli di bawah LEP dan 30 lagi tren baharu untuk menggantikan tren-tren sedia ada.

LEP Kelana Jaya, yang menyambungkan Stesen Kelana Jaya dengan Putra Heights melalui 12 stesen baharu, dijadualkan beroperasi pada 30 Jun tahun depan.

lrt-laluan-ampang-6-car

Sementara itu, LEP Ampang LEP telahpun memulakan fasa pertama perkhidmatan dengan pembukaan empat stesen sejak 31 Okt. Fasa kedua dan baki stesen akan dibuka pada 31 Mac tahun depan.

UTAMABERITATren Baharu Untuk Laluan LRT Kelana Jaya Tiba Minggu Depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium