TRUMP BERIKRAR KELUARKAN AS DARIPADA TPP - pakdin.my

WASHINGTON: Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan negara itu daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada hari pertama beliau memegang jawatan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Saya akan mengeluarkan satu nota pemberitahuan hasrat untuk menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik, yang berpotensi menjadi bencana kepada negara kita,” kata Trump pada Isnin.

Trump, 70, membuat kenyataan itu menerusi satu video pendek yang menyaksikan beliau menggariskan pelan dasarnya untuk tempoh 100 hari pertama menyandang jawatan sebagai Presiden AS.

“Sebaliknya, kami akan merundingkan perjanjian perdagangan dua hala adil yang membawa pekerjaan dan industri ke negara Amerika,” katanya.

Mengulas pembaharuan etika, beliau pegawai kerajaan akan diharam daripada menjadi pelobi dalam tempoh lima tahun pertama selepas bersara dan melobi bagi pihak kerajaan asing sepanjang hayat mereka.

Trump juga berjanji untuk merangka satu pelan keselamatan negara yang komprehensif dan mengarahkan siasatan dijalankan berhubung isu penyalahgunaan program visa.

Beliau berkata kesemua dasar bertujuan membentuk semula Washington dan mengembalikan kelas menengah Amerika.

Trump telah mengisi jawatan Presiden AS pada awal bulan ini selepas menewaskan calon Parti Demokrat Hillary Clinton.

Beliau kini dalam proses membentuk pentadbiran kerajaannya dan bersiap sedia untuk mengambil alih Rumah Putih secara rasmi pada 20 Jan.

TPP, satu perjanjian perdagangan bebas antara 12 negara Asia Pasifik, telahpun dimeterai namun belum disahkan oleh penggubal undang-undang AS.

Semasa kempen pilihan raya presiden, Trump telah menyatakan bahawa beliau menentang keras perjanjian itu.

20161111-batal-tppa-1juta-peluang-pekerjaan-hilang

UTAMADUNIATRUMP BERIKRAR KELUARKAN AS DARIPADA TPP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium