TRUMP MENANG: MAHATHIR, PENYOKONG ANTI-NAJIB HILANG ARAH - pakdin.my

Kemenangan billionair daripada Parti Republikan, Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat didakwa menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan penyokong gerakan anti-Najib (ANC) hilang arah.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today mendakwa, ini kerana Dr. Mahathir dan penyokong ANC berharap Hillary Clinton dari Parti Demokrat yang akan memenangi Pilihan Raya Presiden 2016 itu.

“Jika Hillary menang Dr. Mahathir dan penyokong ANC boleh menjadikan isu berkaitan isu saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

“Sebaliknya Trump pula yang memenanginya, maka kempen Amerika Syarikat untuk mewujudkan persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah a dead man walking pun musnah,” katanya menerusi portal tersebut.

Trump melakar kejutan apabila memenangi Pilihan Raya Presiden 2016 itu yang turut menyaksikan ke­menangan terbesar par­­ti­nya yang berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.

Kekuatan Trump me­raih 289 undi badan perwakilan pemilih berbanding Hillary yang sekadar mengutip 218 undi banyak dibantu oleh pengundi kulit putih terutama dari golongan pekerja kelas pertengahan.

Beliau berjaya meruntuhkan kubu kuat Parti Demokrat iaitu Pennsylvania dan Wisconsin yang tidak pernah memilih calon Presiden dari Par­ti Republikan sejak tahun 1980-an.

Raja Petra mendakwa Dr. Mahathir, ANC dan pakatan pembangkang telah dipengaruhi oleh propaganda sendiri yang ingin menjatuhkan Najib me­lalui pelbagai cara.

“Mereka membe­ri­tahu begitu banyak pembohongan dan me­­lakukannya terlalu kerap sehingga mereka mula mempercayai pembohongan mereka sendiri,” jelasnya.

Tambah Raja Petra, Dr. Mahathir dan ANC telah menggunakan segala-galanya untuk menyingkirkan Najib namun Najib tidak panik dan hanya bertenang.

“Ketika pakatan pembangkang mensia-siakan begitu banyak masa pada kempen 1MDB mereka, Najib menggunakan masa yang ada untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

loretta-elizabeth-lynch-doj-us

UTAMAPOLITIKTRUMP MENANG: MAHATHIR, PENYOKONG ANTI-NAJIB HILANG ARAH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium