TRX jual Signature Tower kepada pemaju Indonesia - pakdin.my

mulia-group-trx

Berdasarkan maklumat yang bocor di sebuah laman blog dakwa Tabung Haji ada cadangan nak beli satu lot tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) untuk bina menara 74 tingkat dikenali Signature Tower.

Cadangan nak beli lot berkenaan ialah pada harga RM3,900 sekaki persegi yakni seluruhnya RM578 juta.

Namun kenyataan Tabung Haji selepas itu menafikan ia hendak beli lot berkenaan sebaliknya mengesahkan cuma beli lot yang berharga RM188.5 juta sahaja.

Tabung Haji juga sudah putuskan nak jual balik tanah itu selepas timbul kontroversi termasuk dakwaan kononnya pembelian itu nak bailout 1MDB.

Rabu,TRX umum ia sudah tandatangani perjanjian memajukan Signature Tower dengan Kumpulan Mulia, pemaju hartanah komersil paling besar di Indonesia dengan nilai RM665 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmar Talib, pihaknya menyambut baik penyertaan Kumpulan Mulia dalam pembangunan TRX.

Pelaburan itu, tegas beliau, jelas membuktikan keyakinan pelabur asing kepada Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden yang juga pemilik Kumpulan Mulia, Eka Tjandranegara, berkata pihaknya teruja menceburi projek ini bagi membangunkan Signature Tower sebagai mercu tanda baharu Bandar Raya Kuala Lumpur.

Beliau turut melihat potensi TRX membangunkan lagi bandar raya itu sebagai pusat kewangan dan ia dilihat akan membantu rancangan pertumbuhan dan perkembangan syarikat.

Kumpulan Mulia kini menyertai pelabur lain termasuk pemaju antarabangsa, Land lease untuk membangunkan Lifestyle Quarter bernilai RM8 bilion di TRX.

Kalau dihitung harga RM665 juta itu yang disetujui oleh Mulia Group adalah RM 87 juta lebih tinggi dari RM578 juta yang didakwa ditawar kepada Tabung Haji dalam maklumat blog berkenaan.

Kontroversi yang berbangkit berkisar kepada maklumat yang bocor di laman blog berkenaan ialah mengapa 1MDB nak jual plot Singature Tower itu terlalu mahal pada Tabung Haji.

Ini berdasarkan perkiraan 1MDB dapat tanah itu murah dari kerajaan.

Sasaran ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ekoran perkembangan terbaru ini,kalangan yang melihat isu ini secara rasional secara sinis bertanya,” apakah sekarang mereka nak tuduh pula harga yang disetujui oleh Mulia Group, sebuah syarikat dari Indonesia juga satu usaha nak bailout 1MDB?”

Apakah syarikat Mulia Group yang merupakan syarikat ‘blue chip’ di Indonesia nak buat kerja bodoh bailout sebuah syarikat di negara lain jika ia sendiri tidak melihat peluang perniagaan yang terbentang luas di TRX.

Dari kenyataan itu membawa ingatan kita kepada kata-kata popular, ‘menang sorak kampong tergadai’ .

Di sini kita riuh tak tentu pasal dan syok sangat nak berpolitik untuk balon kerajaan …orang lain dari jauh datang sambar peluang di depan mata.

UTAMAEDITORIAL1MDBTRX jual Signature Tower kepada pemaju Indonesia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium