‘TSUNAMI MELAYU’ DALAM PRU14 - pakdin.my

DALAM PRU12 dan PRU13, BN mengalami kekalahan mengejut apabila majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan padu kepada calon-calon pembangkang.

Istilah ‘Tsunami Cina’ lalu digunakan untuk menggambarkan betapa besarnya pengaruh pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa pemerintahan di beberapa negeri.

Menjelang PRU14, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (gambar) pula meramalkan ‘Tsunami Melayu’ bakal berlaku seperti apa dilakukan oleh pengundi Cina dalam dua PRU lalu.

“Kini sudah menampakkan angin perubahan dalam masyarakat Melayu. Walaupun belum berlaku tsunami, namun sudah berlaku tiupan angin,” kata Chin Tong dalam satu seminar di Kuala Lumpur, kelmarin.

Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Chin Tong menjelaskan, kerjasama yang dilakukan antara pemimpin Umno dan Pas tidak semestinya diterima masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.

Justeru, beliau percaya majoriti pengundi Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada pakatan pembangkang pada PRU14.

Chin Tong turut menjangkakan PRU14 kemungkinan diadakan pada April tahun ini, jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan sehingga 2018.

20170107-liew-chi-tong

UTAMAPOLITIK‘TSUNAMI MELAYU’ DALAM PRU14

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium