Tuduh hutang 1MDB punca Covid -19 meningkat, Najib ‘sekolahkan’ Mukhriz - pakdin.my

Memang tidak masuk akal apabila anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz cuba menunjuk pandai dan mengambil kesempatan di sebalik kes Covid-19 yang semakin meninggi ketika ini dengan mengaitkannya dengan hutang 1MDB.

Bukan sahaja tidak cerdik malah ia hanya menonjolkan kebodohannya semata-mata. Tidak dapat dipastikan apakah bukti sains dan data yang boleh beliau kemukakan bagi mengaitkannya dengan hutang tersebut.

Namun tidak perlu menunggu lama, ia dijawab sendiri oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan terlihat beliau ‘menyekolahkan’ Mukhriz di atas kedangkalannya berfikir. Agak lucu apabila formula dan pengiraan matematik juga ditunjukkan Najib kepada Mukhriz, yang kali ini tersilap besar cuba mengaitkan 1MDB dengan lonjakan kes positif Covid-19.

Tindakan beliau sama seperti Menteri Kewangan Tengku Zafrul sebelum ini yang cuba mengaitkan dana KWAN dan 1MDB sebelum beliau juga ‘disekolahkan’ Najib lengkap dengan data dan pengiraan. Rujuk pautan;

Rujuk ‘kelas khas’ Najib kepada Mukhriz seperti di bawah;

Mukhriz, mari sini kejap. Nak ajar kamu matematik dan formula.

Ini formula compound interest calculator:

A=P(1+r/n)^nt

Jika kita guna prinsipal P=RM33b, jumlah pulangan r (sama dengan purata pulangan KWAN) sebagai 6.3% dan jumlah tahun yang telah berlalu sejak skandal BNM pada tahun 1994 iaitu 27 tahun,

A =RM33bX(1+0.063)^27

bersamaan dengan RM171.8 bilion.

Ya, betul. Jika RM33 bilion dana BNM tidak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3 peratus setahun untuk tempoh 27 tahun sejak tahun 1994, jumlah dana dalam KWAN akan tambah RM171.8 bilion hari ini.

Bukan itu sahaja, sebab ayah kamu buat banyak IPP-IPP berat sebelah yang banyak menguntungkan kroni-kroni dan merugikan negara, Petronas terpaksa rugi sebanyak RM167.1 bilion sejak tahun 1997.

Baca muka surat 55, laporan tahunan 2019 Petronas:
https://www.petronas.com/sites/default/files/Media/PETRONAS-Annual%20Report-2019-v2.pdf

(Perjanjian berat sebelah inilah yang diselesaikan 1MDB pada tahun 2012 apabila 1MDB beli IPP-IPP tersebut di bawah Edra dan kerajaan kita perbetulkan perjanjian-perjanjian berat sebelah dibuat ayah kamu. Ini sahaja telah jimatkan Petronas sebanyak RM50 bilion. Sebab itu, rizab Petronas naik ke RM176b sebelum PH jarah RM80 bilion pada tahun 2018 dan 2019).

Ya, betul. Hutang 1MDB adalah sebanyak RM32 bilion. Tetapi jumlah dana yang dipulangkan dan diselesaikan setakat ini adalah sebanyak RM33.4 bilion.

Selain dana RM33.4 bilion itu dan penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah, 1MDB masih ada sumbang untuk membina atau menaiktaraf 8 pangkalan MINDEF termasuk pangkalan udara Sendayan yang amat besar serta meninggalkan aset projek RM140 bilion Bandar Malaysia dan projek RM40 bilion TRX yang sudah tentu boleh jelaskan kesemua hutang 1MDB dan masih menjana keuntungan.

Tetapi kes skandal BNM RM33 bilion yang menjadi RM171.8 bilion itu lain cerita.

Satu sen atau aset dari RM33 bilion itu langsung tidak pernah dikembalikan. Lesap begitu sahaja.

Paling lawak ialah seorangpun tidak pernah bertanggungjawab setelah ayah kamu tarik balik laporan polis Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk skandal BNM Forex dan klasifikasikan kes itu sebagai NO FURTHER ACTION (tiada tindakan lanjut) pada tahun 2019 masa PH.

Begitu juga dengan kerugian Petronas kepada kroni-kroni IPP ayah kamu. Satu sen tidak pernah dikembalikan. Yang kaya, kroni-kroni kesayangan ayahmu.

Hari ini, Mukhriz kata Covid menjadi teruk sebab hutang RM32 bilion 1MDB walaupun dana RM33.4 bilion telah dikembalikan dan berpuluh bilion ringgit aset 1MDB ditinggalkan.

Jadi, adakah RM388.9 bilion (RM171.8b BNM + RM167.1b IPP) di mana satu sen atau asetpun tidak pernah dikembalikan dan tiada siapa pernah perlu bertanggungjawab atau dibicarakan akan mampu meringankan beban kerajaan untuk melawan Covid hari ini jika ayah kamu tidak lesapkan pada masa itu?

Itupun belum lagi kira kisah tauke bilionaire MRCB penyokong paling tegar ayahmu, Pak Kadir yang sebelum ini kata itu kononnya aset UMNO (lepas itu dia padam siaran dan beri amaran dron akan serang netizen yang kritik dia) tetapi tidak dikembalikan kepada UMNO pula.

Justeru, Mukhriz perlu berhati-hati selepas ini, lebih baik beliau tumpukan usaha bersama ayahnya yang cuba merebut kuasa daripada Perikatan Nasional termasuk bertemu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, kerana jika tidak ditangani dengan baik, kelak peluangnya ingin menjadi Perdana Menteri akan terlepas buat selama-lamanya.

UTAMABERITATuduh hutang 1MDB punca Covid -19 meningkat, Najib ‘sekolahkan’ Mukhriz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium