25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Tuduh jangan tak tuduh…lagi…dan lagi…dan lagi

Cuma di Malaysia saja menjadi satu kesalahan menyekat kemaraan satu perhimpunan haram

AGENDADAILY – Polis cuba nak bunuh bos PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah khalayak ramai masa demo haram Bersih.Biar Betul?

Itulah tuduhan terbaru. Bunyinya memang sensasi,dashyat…amat mengerikan.

Yang cakap bukan orang lain tapi peguam N Surendran – orang yang dilantik oleh Anwar jadi Naib Presiden PKR tidak lama dulu.Dia dapat kerusi itu percuma.

Sebagai catatan bagi yang tidak tahu – lantikan Surendran,pendatang baru dalam parti itu antara sebab membuatkan orang lama Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah N Gobalakrishnan,yang sebelum ini terkenal sebagai tukang jerit PKR,geram habis dan ucap bye-bye pada PKR.

Hari demi hari selepas demo haram 9 Julai ada saja ‘drama baru’ puak-puak ini yang terang-terang keras kepala teruskan perhimpunan haram 9 Julai untuk menghasut dan membakar kebencian pada pasukan polis.

Nampaknya tuduhan Surendran ini adalah ‘kemuncak’ pada segala macam tuduhan yang sedang rancak dijaja mereka di segala penjuru alam.


Dia membuat tuduhan itu semasa mengiringi pengawal peribadi Anwar,Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur Rabu mengenai kecederaan di pipinya terkena kelonsong gas pemedih mata.

Alasan yang dibagi oleh peguam hebat ini ialah kelonsong gas pemedih mata yang ditembak polis di terowong di KL Sentral hinggap ke pipi pengawal peribadi Anwar yang didakwa sempat menghadang bosnya dari terkena.

Dakwanya polis aim terus ke kepala Anwar dan jika kena kelonsong itu boleh membunuh.

Dengan itu maka ia sudah jatuh kategori ‘cuba membunuh’ Anwar.

Kalau sekadar nak lawan cakap – budak sekolah darjah satu pun akan kata bodoh sangatlah polis atau siapa saja nak ‘cuba bunuh’ Anwar ditengah ribuan mata memandang begitu.

Tak ada ke tempat lain yang sunyi sepi ke ? Contohnya macam waktu di bilik apartmen tempat seorang aktor lelaki perkasa sedang lanyak GRO China…bukankah operasi nak bunuh orang ini boleh dilakukan dengan mudah,tenang dan jayanya.

Juga mungkin Surendran terlupa nak padankan tuduhannya dengan cerita bagaimana gamatnya dan kelam kabutnya suasana di terowong Kl Sentral berkenaan semasa Anwar dan lain-lainnya berdegil nak langgar hadangan polis untuk terus berarak ke Stadium Merdeka.

Peguam ini belajar undang-undang dari universiti mana?.Dia seolah merasa  mereka saja yang berhak melanggar hadangan polis dan polis tidak berhak bertindak menyekat kemaraan mereka.

Namanya pun perhimpunan haram.

Macam-macam boleh berlaku dalam suasana yang tegang polis nak mengawal keadaan ketika menghadapi puak yang berdegil melanggar arahan mereka bersurai.

Dengan kebisingan terpekik terlolong antara kedua pihak siapa boleh jamin tembakan gas pemedih mata tak boleh tersasar ke mana saja.

Bukankah nak tembak burung di hutan pun perlu konsentrasi dan ketenangan.

Mungkin kot Surendran mahu polis dengan senyum lebar dan ramah mesra kata,” silakan tuan-tuan teruskan perarakan”.

Juga selalu-selalulah tengok berita di CNN,Aljazerra atau BBC macam mana polis pencegah rusuhan di sana bertindak mengawal demonstrasi liar di negara-negara Barat yang cukup hebat demokrasinya.

Ada yang main flying kick dan belasah cukup-cukup mereka yang berdegil.

 Satu dunia tahu hal ini.

Cuma di Malaysia saja menjadi satu kesalahan menyekat kemaraan satu perhimpunan haram.

Sepatutnya salah satu pekara yang kena ada dalam Buku Jingga kalau pembangkang berkuasa mereka akan keluar peraturan baru – polis pencegah rusuhan keluar bertugas pakai baju batik bila mengawal demo haram mengecam kerajaan mereka.

Lagipun rasanya Surendran tak perlulah nak bersusah payah sangat kerana bab ‘cubaan membunuh’ ini bukanlah al-kisah baru bagi Sivaji The Boss…Anwar.

Bukankah baru ini ada kisah orang plan sabotaj kereta keluarga Anwar agar kemalangan.


Dulu lagi semasa awal-awal Saiful Bukhari Azlan dakwa dia diliwat Anwar – Ketua Umum PKR itu cabut lari masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Siapa boleh lupa drama itu.

Lepas tu bukankah timbul dakwaan ada ancaman keatas nyawa Anwar.

Ini belum lagi masuk bab dakwaan racun arsenik masa dalam penjara Sungai Buloh dulu.Begitu juga dakwaan suntikan HIV lah.

Aneh juga Anwar masih boleh bersiul-siul bebas ke sana kemari ceramah serata ceruk negara tanpa siapa pun menjentiknya.

Keluar negara pun…itu dah macam pergi balik KL –PJ,selamat sejahtera sampai ke hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.