Tuduhan pecah amanah: Saya tidak mengambil sesen pun atau mendapat menafaat peribadi – Najib Razak - pakdin.my

Saya didakwa dengan 4 pertuduhan bagi kerajaan yang diterajui saya untuk memenuhi perjanjian penyelesaian dengan IPIC bagi memastikan kita tidak berdepan tunggakan dengan membayar US$1.2 bilion kepada IPIC tahun lalu, di mana ia adalah bagi US$1 bilion termasuk faedah yang dibayar IPIC kepada kita pada Jun 2015. Perjanjian penyelesaian itu turut memasukkan persetujuan IPIC akan memulangkan US$3.5 bilion kepada kerajaan sebelum 31 Disember 2020.

Saya juga didakwa dengan dua pertuduhan bagi kerajaan membayar kepada syarikat milik kerajaan China yang memulakan projek ECRL dan paip gas sebagaimana termaktub dalam perjanjian bertulis.

Sebagaimana disebutkan peguam saya, pertuduhan terhadap saya ini adalah sangat tidak jelas dan tiada saranan sama ada saya mahupun Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengambil sesen pun atau mendapat manfaat secara peribadi bagi keputusan memberi keutamaan pembayaran dan bagi mengelak tunggakan yang akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar lebih selain kerajaan hilang kredibiliti.

Kertas pertuduhan juga hanya diberikan kepada peguam kami, 5 minit sebelum mahkamah bermula dan ini tidak memberi ruang kepada kita untuk menyediakan jawapan. Tindakan pihak pendakwaan ini jelas adalah sangat tidak adil.

Facebook Najib Razak

UTAMABERITATuduhan pecah amanah: Saya tidak mengambil sesen pun atau mendapat menafaat peribadi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium