32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Tuduhan Umno Dalangi Serbuan JAIS Ke Atas DUMC Tak Masuk Akal, Kata Najib

Tuduhan yang dibuat pihak tertentu bahawa serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) didalangi Umno adalah tidak masuk akal dan melulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden Umno berkata isu itu adalah melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang juga berhak mengarahkan Jais melakukan sebarang serbuan dan bukannya Umno.

“Itu semua tuduhan, macam mana kita (Umno) nak arahkan orang yang bukan di bawah Umno. Jais di bawah siapa? Bukan di bawah Umno, yang melakukan perkara ini siapa, bukan orang Umno.

“Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno melakukan serbuan, ini tak masuk akal, kalau buat tuduhan tak masuk akal ini susahlah, ia adalah tuduhan melulu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini Jumaat.

Najib berkata Umno tetap berpegang kepada prinsip Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian di dalam negara.

“Dari segi pendirian Umno, ia berdasarkan Perlembagaan, maknanya agama Islam agama Persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh menodai kesucian agama Islam termasuk untuk memaksa ataupun untuk cuba mengajak melakukan conversion (penukaran agama) kepada mana-mana rakyat Malaysia beragama Islam.

“Dalam pada itu agama lain, bebas diamalkan di mana-mana kawasan di dalam negara,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Jais melakukan pemeriksaan terhadap DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...