Tuduhan Utusan rasis agenda terancang golongan tertentu – Sultan Nazrin (video) - pakdin.my

Janngan lupa subscribe

Akhbar bahasa Melayu tertua di negara ini, Utusan Malaysia, bukan sebuah organisasi rasis tetapi digambarkan sedemikian rupa oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi, kata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi ini.

Dalam ucapan perasmian di Anugerah Perniagaan Utusan 2015, baginda bertitah akhbar itu memperjuangkan isu-isu Melayu sejak pembentukannya 78 tahun lalu dan hanya meneruskan dasar yang kini menjadi sebahagian daripada asas teras syarikat itu.

Peranan ini, titah sultan tidak bermakna atau tidak boleh dianggap sebagai tanda Utusan menentang kaum lain atau membenci mereka.

“Apa saja persepsi negatif yang dikenakan ke atas Utusan Malaysia, ia bukan sebuah akhbar yang diskriminasi. Ini dapat dilihat apabila ia mempertahankan seorang gadis Cina (Melissa Gooi),” titah Sultan Nazrin.

Gooi merupakan seorang pengguna Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada 2013.

Penolong Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Zaini Hassan mempertahankan Gooi dan meminta lebih banyak usaha diambil Kementerian Pendidikan untuk mendidik rakyat Malaysia asas-asas mengenai Perlembagaan Persekutuan di sekolah.

Sultan Nazrin berkata lagi, akhir-akhir ini, percubaan menggambarkan Utusan Malaysia dalam keadaan negatif kelihatan lebih ketara.

“Ia dibuat mereka yang ada agenda menghapuskan kontrak sosial dipersetujui pemimpin terdahulu ketika memformulakan dasar teras yang membentuk negara merdeka.

“Mereka jadi lebih vokal dalam mempersoalkan hak Bumiputera dan buat pelbagai aktiviti subversif, cuba mengurangkan hak istimewa Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan itu sama seperti menjolok sarang tebuan. Mereka sebenarnya bermain dengan api,” katanya.

UTAMATuduhan Utusan rasis agenda terancang golongan tertentu - Sultan Nazrin (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium