Tugas Pemantauan Petugas Haji Tahun Ini Lebih Mudah & Berkesan - pakdin.my

Tugas Pemantauan Petugas Haji Tahun Ini Lebih Mudah & Berkesan

Tugas pemantauan dan rondaan petugas haji tahun ini lebih mudah dan berkesan, kata para petugas dari Indonesia.

Sahan Hakim berkata banyak pintu Masjidil Haram ditutup tahun ini kerana kerja pembinaan. Kerana itu, jemaah tidak tersasar ke pintu lain.

Indonesia menghantar 186,000 jemaahnya ke Tanah Suci tahun ini. Mereka menempatkan 21 petugas haji di sekitar Masjidil Haram.

Sementara itu, petugas haji Malaysia Hj Mad Hanim berkata, operasi di Masjidil Haram berjalan lancar.

Cuma beliau mengingatkan jemaah yang baru tiba agar jangan tergesa-gesa mahu ke masjid.

Kebanyakannya mungkin tersasar kerana baru sampai. Jemaah baru sepatutnya berehat di maktab dan menghadiri taklimat.

 

UTAMABERITATugas Pemantauan Petugas Haji Tahun Ini Lebih Mudah & Berkesan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium