Tujuh Jemaah Haji Indonesia Disahkan Maut - pakdin.my

kren-runtuh-ibadah-terus

Tujuh jemaah haji Indonesia disahkan terkorban setakat ini akibat tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah yang keseluruhanya meragut 107 nyawa.

Tujuh jemaah yang terbunuh itu dikenali sebagai, Masnauli Hasibuan, Siti Rasmi Darmini, Painem Dalio Abdullah, Saparini Baharuddin Abdullah, Nurhayati Rasad Usman, Ferry Mauludin Arifin dan Adang Joppy.

Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan dua jemaah haji negara itu terbunuh dalam kejadian berkenaan, manakala 33 lagi cedera.

Bagaimanapun, Kementerian Agama Indonesia dalam kenyataan memberitahu, lima lagi jemaah negara itu disahkan terbunuh, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tujuh orang.

Menurut kenyataan itu lagi, 41 jemaah Indonesia cedera dan 31 daripada mereka kini dirawat di beberapa hospital sekitar Makkah.

Jurucakap Kementerian Agama Indonesia, Rosyidin berkata, setakat ini, jumlah jemaah negara itu yang terbabit dalam kejadian berkenaan mencecah 48 orang dengan tujuh daripadanya terbunuh.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 31 jemaah dirawat di hospital akibat kecederaan yang mereka alami dan selebihnya cedera ringan.

“Seramai 31 jemaah yang cedera dimasukkan ke hospital di sekitar Makkah, tetapi 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang,” katanya.

Kren gergasi yang terletak di Masjidilharam tumbang jam 5 petang waktu Arab Saudi ketika cuaca buruk Jumaat lalu.

UTAMABERITATujuh Jemaah Haji Indonesia Disahkan Maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium